Followers

Aku Pecinta Allah

Namaku Sang Cahaya Mulia...memikirkan apa yang akan berlaku hari-hari besoknya. Di pentas dunia yang berwarna-warni telah ku singgah dan ku lakonkan pelbagai watak ciptaan ku sendiri, namun setiap watak itu tetap tidak mencapai standard untuk memenangi apa-apa pertandinagn. Tidak mengapa kerna ku tahu..Aku melakonkannya hanyalah untuk DIA yang ku cintai,

Aku Sang Cahaya Mulia dilahirkan di satu daerah yang damai dan kolot dari pandangan mata orang. Kata ibuku, aku dilahirkan dengan cara pelik dan mengejutkan...kerana pada masa itu, setiap ibu yang melahirkan anak songsang pasti kedua-duanya berakhir dengan kematian..namun, kudrat ibuku kuat untuk melihat aku hidup disisinya...Sungguh indah dunia ini..terima kasih Allah. Menjadi anak bongsu pada masa itu tidaklah seindah dan semewah ku bayangkan. Hidup menjadi anak pesawah mengajar ku erti kekuatan dan kedegilan yang amat sangat.....

Kedegilan itulah yang mematangkang fikiran ku hingga harini...terima kasih Allah, Kau ujudkan sifat itu didalam hatiku..Aku tidak pernah merasa seperti puteri ballerina di waktu kecil, aku adalah si comot yang hanya berkaki ayam, memijak tanah dan bermain lumpur di tepi sawah, permainan ku adalah tanah, unggas dan juga tumbuhan..mereka hidup seiringan dengan ku.

Akulah si comot yang selalu melakar pemandangan dan bait-bait puisi di lumpur.. Ranting kayu kecil menjadi pensil tiruan ku, lumpur basah menjadi canvas angan-angan ku.
"mak..belikan satu kertas lukisan mak.."
"wahai anakku...sehelai kertas lukisan mewakili satu lauk untuk kamu adik beradik" aku terdiam..pasrah, kembali bermain-main lumpur sambil memasang angan-angan. argh..angan-angan.

No comments:

Post a Comment