Followers

Sunday 24 February 2013

Jus Roselle

Assalamualaikum dan salam bahagia... kalini entry pasal pokok roselle ni, bulan lepas seperti biasa kalau aku balik kampung je..adela bende-bende yang aku tangkap supaya aku dapat share dengan kawan-kawan semua, cerita pasal pokok roselle ni....aku tahu semua orang pernah nampak dan tahu khasiat serta faedah menananm pokok ini. Sebenarnya masa aku kecil, mak dah lama tanam pokok ni, aku rasakan mak suke-suke jer sebab masa tu mak dan babah dh ada pendapatan tetap menjadi seorang pesawah, cukuplah untuk beri makan minum kami adi beradik, rupe-rupenyer..satu kampung dah tanam pokok ni, agaknya(time tu aku kecil) pihak jabatan pertanian beri biji benih untuk memulakan jenis pertanian yang baru aku rasakan.

Namun setelah mak menanam pokok spesis ni (waktu tu memang popular jus roselle dan baru tengah nak naik) hidup pula subur, tapi cuma sebatas sahaja, aku agak kan dalam 5 pokok, tetapi 1 pokok dapat mengeluarkan banyak buahnya..aku seperti biasa BUDAK NAKAL..heheh, belum sempat bunga roselle nak menjadi buah...aku dulu memetik atau menggunakan bahasa kasar...mencabut separuh dari satu pokok roselle tu. Bangganya dapat cabut..mak terpinga-pinga, mungkin nak marah agaknya...aku pula tersengih kerang busuk sambil menggemgan bunga yang telah aku cabut tu setelah mak aku menjerit.." Hah..cabut..cabut la bunga tu...cabut la semua..."..hihih..tula mak aku...xpernahnya pukul atau cubit kami adik beradik. Setelah insaf berganda-ganda akibat perbuatan tadi..baru mak cerita apa kegunaan dan khasiat serta kenapa mak menanam pkok ni. 

Kemudian hari berikutnya...mak pula memetik buah roselle yang dah matang, aku cuma menjadi tukang tengok sebab x berani nak usik lagi pokok tu. Mak mengutip semua buah yang dah masak..lalu dikumpul dalam bekas kemudian di basuh...setelah itu, mak menyiang (asingkan antara kulit dan biji) pula buah roselle, kulit di rebus dan biji dikeringkan...setelah itu, buah roselle di blander hingga lumat, mak memerah atau menapis roselle yang di blander(agak lendir sikit la) untuk mendapatkan pati jus roselle... setelah itu, kami cuma dapat separuh jug je pati roselle, pada malam itu, mak membuat jus roselle yang pertama kali aku rasa..hurmm..rasanyer macam jus kranberi, anggur...atau paling dekat macam rasa ribena la...Alhamdulillah, kalau x kerana mak..kami mungkin x rasa jus roselle yang agak sedap la...kenangan tu tak akan aku lupakan...terima kasih mak...sayang mak



antara gambar yang sempat aku snap..

Ini ada beberapa info pasal Roselle : WIKIPEDIA
Asam belanda, asam susur, atau rosel, (bahasa inggeris: roselle) merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Asam belanda mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan asam belanda dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan asam belanda berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan asam belanda ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Pokok asam belanda boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga asam belanda yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda.

Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di afrika, biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

No comments:

Post a Comment