Bab 1
![]() |
sumber:google |
Kuala Lumpur:PUDURAYA
Aku
hampir tidak percaya kaki kecilku sekarang memijak lantai Pudu Raya,
adakah perbuatan aku ini tergolong dalam jenis anak derhaka? atau aku
ini seorang anak angkat yang tidak mengenang diuntung? atau aku ini
tepat dengan pilihanku? atau...atau...arghhh..pening!!!
Alia
terduduk di bangku platform no 9..memeluk erat beg galas sambil
merenung lantai disitu. Hatinya tidak keruan, dengusan angin yang keluar
dari hidungnya membuatkan dadanya sedikit tertekan. Selang beberapa
minit bahunya disentuh oleh seseorang. Alia berpaling ke belakang.
Wajahnya yang polos itu bertukar merah. dengan pantas dia ingin
melarikan diri namun sempat dihalang oleh perempuan itu. Lengan Alia
disentap kuat. Luruh jantungnya. Peluh menitis-nitis membasahi tudung
bawalnya.
“Alia…mari ikut kak Lin” perempuan itu menarik Alia mendekatinya. Alia
meronta dilepaskan.dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Baginya,
mati hidup semula dia taubat tidak mahu pulang ke kampung itu lagi.
“Alia tak mau…nanti kak Lin hantar Alia balik ke kampong”
“Eh..boleh tak kau diam..nanti polis datang...mari..mari ikut kakak” pujuk perempuan itu sambil matanya merayau rayau memandang keadaan sekeliling, takut ada polis yang datang menyibuk. Alia bersetuju mengikut kakak sepupunya itu.
Bermula
lah episode aku tinggal bersama Kak Lin iaitu sepupu belah mak aku di
Melaka. Kak Lin orang nya comel,bujang atau maksud lain,anak dara
tua..hehehe. Dia memang tak berkira dengan aku, makan minum semua dia
tanggung, tapi,satu perkara yang aku tak suka tentang kak lin, pekerjaan
dia adalah GRO. Biarlah…kata Kak Lin pula, bukan senang nak hidup di
Kuala Lumpur nih, pernah juga dia mengajak aku bekerja di kelab tempat
dia bekerja, tapi…nantilah aku fikirkan..yang pasti TIDAK sama sekali
aku bekerja disitu.
Asap
berkepul kepul keluar dari kopi panas berhadapan aku. Termanggu
seketika memikirkan masa depan. Ya Allah..Sudah la melarikan diri
daripada kampong, bermalas malasan pula di rumah kak Lin nih…kata kak
Lin, Mak dan Ayah pun tahu aku tinggal bersamanya sekarang…katanya lagi “diorang dah tak marah dah dekat ko Alia…sebab bukan salah ko..yang salahnya Kak Syidah ko”…sejuk
sikit hatiku. Bila sebut pasal Kak Syidah, mak ai, meremang bulu roma
aku, tetiba kepala otak aku ni merewang ke peristiwa sebulan lepas.
"semua orang tak sayang Syidah, apa yang Syidah buat semuanya tak kena,
anak pungut ini juga yang baik di mata ayah dan mak” tempikan suara nyaring mengecutkan jantung dan dadaku.
"berani kau cakap macamtu pada adik kau” garang
Suara Ayah malam itu. Mak sudah mengalirkan air matanya, Mak memang
begitu, jiwa jiwa sikit orangnya, sedih dan gembira sama jer, mesti
menangis, mak..rindunyer Alia dekat Mak. Aku pula terduduk kaku di tiang
utama rumah kelesuan kerana baru sahaja dipukul bertubi-tubi diperut
oleh Rasyidah. Masa tu aku baru menjamah sarapan pagi cokodok pisang
kegemaran ku..nasib baik tak terkeluar balik cokodok tadi. Kalau tak sia
sia nikmat Allah.
"Syidah tak kira…dia bukan adik Syidah…Syidah tak nak kahwin dengan
Omar,…kenapa tak suruh Alia saja yang kahwin dengan Omar” Jerit
Rasyidah protes. Pak Rustam menyinga disisi Mak Siah. Makin kuat
tangisan Mak Siah kedengaran di hujung anjung rumah papan di tepi sawah
itu.
"kau juga kata nak hidup senang, ayah dah carikan kau kebahagiaan…apa lagi yang kau nak hah!” tegas tutur kata Ayahku bekas tentera itu.
"itu dulu…sebelum Syidah jumpa Kahar”jawab
Rasyidah sambil membulatkan matanya ke arah Pak Rustam. Pak Rustam
semakin marah dan dia ingin sahaja menampar pipi gebu milik anaknya yang
kurang ajar itu. tetapi sempat dihalang oleh Mak Siah.
"asyik-asyik Kahar, asyik-asyik Kahar” Ayah menumbuk dinding papan. Bergegar satu rumah, Rasyidah tetap dengan lagak selambanya. “dah terlambat Syidah…kau juga dulu terhegeh-hegeh nak kan si Omar tu…Kahar bukan orang baik-baik Syidah…buka mata kau sikit” Tutur Pak Rustam menjadi lemah kerana kesalnya terhadap anak kandungnya itu.
"sampai hati mak dan ayah buat Syidah macamni…sampai hati!”
Rasyidah
terus berkurung di dalam bilik tanpa makan atau minum. Cuma ada
seketika aku ternampak Kahar menyuakan makanan dan minuman di tingkap
bilik kami. Aku pula tidak dibenarkan tidur disitu, tidur di ruang tamu
kerana Rasyidah dihukum berkurung dalam bilik. Degil bukan kepalang.
Selang beberapa hari Rasyidah keluar memohon maaf kerana kelakuannya,
tetapi dia masih tidak menyapa aku. Tak mengapalah…asalkan Mak dan Ayah
bahagia..yang aku pula secara rasminya dah tahu bahawa aku adalah anak
angkat mereka berdua…nasib.
Hari
pernikahan Rasyidah tiba juga akhirnya. Rombongan dari pihak lelaki
kunjung tiba, aku pula yang seronok macam nak bernikah. heheh.
Aku melihat Mak dan Ayah tersenyum kegembiraan. Kata Tok Kadi dia mahu berjumpa dengan bakal pengantin perempuan kerana mahu bertanya setuju atau tidak pernikahan ini diteruskan. Langsir putih diselak, kelihatan sepucuk surat tidak bersampul terletak elok di atas bantal. Mak terduduk di tepi katil, mengalirkan air matanya skali lagi.Rasyidah sudah meninggalkan kami terkapai-kapai. Dia pergi melarikan diri bersama Kahar, tiada seorang pun yang perasan. Rasyidah tekad melarikan diri bersama pemuda yang tidak tahu asal usulnya yang tinggal di seberang kampung Paya Tebrau. Aku pula disebut sebut oleh Mak cik Rogayah supayamenjadi pengganti Rasyidah apabila dia hilang sewaktu majlis akad nikahnya. Kuang ajor punyer mak cik rogayah..aku pule jadi mangsa keadaan ni. Mati kutu dan malu Ayah untuk bersemuka dengan keluarga pengantin yang sudah siap bersedia bertandang bersama-sama Tok Kadi. Nasib baik akal Mak panjang, bakal pengantin dan rombongan sebelah pihak lelaki dapat ditenteramkan oleh Mak dan Mak Andam Leha. Kata putus diambil supaya aku menjadi galang ganti. Bukan main terkejut tahap Tsunami aku masa tu…kenapa aku..kenapaaa!!!!!!!
![]() |
sumber: penulis |
Aku melihat Mak dan Ayah tersenyum kegembiraan. Kata Tok Kadi dia mahu berjumpa dengan bakal pengantin perempuan kerana mahu bertanya setuju atau tidak pernikahan ini diteruskan. Langsir putih diselak, kelihatan sepucuk surat tidak bersampul terletak elok di atas bantal. Mak terduduk di tepi katil, mengalirkan air matanya skali lagi.Rasyidah sudah meninggalkan kami terkapai-kapai. Dia pergi melarikan diri bersama Kahar, tiada seorang pun yang perasan. Rasyidah tekad melarikan diri bersama pemuda yang tidak tahu asal usulnya yang tinggal di seberang kampung Paya Tebrau. Aku pula disebut sebut oleh Mak cik Rogayah supayamenjadi pengganti Rasyidah apabila dia hilang sewaktu majlis akad nikahnya. Kuang ajor punyer mak cik rogayah..aku pule jadi mangsa keadaan ni. Mati kutu dan malu Ayah untuk bersemuka dengan keluarga pengantin yang sudah siap bersedia bertandang bersama-sama Tok Kadi. Nasib baik akal Mak panjang, bakal pengantin dan rombongan sebelah pihak lelaki dapat ditenteramkan oleh Mak dan Mak Andam Leha. Kata putus diambil supaya aku menjadi galang ganti. Bukan main terkejut tahap Tsunami aku masa tu…kenapa aku..kenapaaa!!!!!!!
Malam sebelum aku akan dinikahkan…peluh menitik nitik keluar dari badanku…Akal aku pula asyik cakap
“aku mesri lari dari sini…mentang mentang aku anak angkat…aku pula yang
kena tanggung semuanya...ya Alia...ko kena lari...lari...lariiii!!!!"Pakaian
dan kelengkapan diri telah aku siapkan, nasib baik duit dalam bank ada
sedikit…tanpa melengahkan masa…aku pula jadi macam peserta amazing race
malam tu. melarikan diri daripada kahwin paksa, bila difikir kembali
kelakar pun ada heheheh, aku daripada seorang penakut, bukan main berani
malam tu, entah apa jenis Jin Jembalang yang aku terserempak aku buat derk
jer..asalkan aku sampai di stesen Bas Taiping untuk ke Ipoh…hai…nasib
aku menjadi anak angkat. Lamunan Alia terhenti apabila kedengaran pintu
diketuk bertalu talu. Siapa pula yang mengganggu aku pagi pagi hari
nih…Alia menyelak sedikit langsir di jendela…tiba-tiba hatinya
bergelojak kencang…takdir apakah ini.
Alia membawa 2 gelas air berisi kopi panas menuju ke ruang tamu. Hatinya berdegup kencang memikirkan makhluk berambut perang dihadapannya.
Alia membawa 2 gelas air berisi kopi panas menuju ke ruang tamu. Hatinya berdegup kencang memikirkan makhluk berambut perang dihadapannya.
“macam mana kakSyidah tahu Alia disini” Rasyidah
yang berambut perang dan bermekap tebal, menghirup sedikit air kopi
yang dibawa oleh adiknya itu. Dengan lagak berwajah manis dia tersenyum
ke arah Alia yang dari tadi bergundah gulana.
“Kak Syidah tahu dari Kak Lin..dia dah cerita semuanya..” senyum Rasyidah
“maksud kakSyidah sekarang ni..akak nak bawa Alia balik..? soal Alia pula dengan penuh curiga
“ Tak!...tapi akak nak tolong Alia…” senyum Rasyidah lagi yang penuh bermakna
“Tolong!” tiba tiba saje dia nak tolong aku nih...apehal kakak aku nih..buang tebiat ke aper?
“iye…akak
tahu walaupun kita bukan saudara kandung..walaupun kakSyidah dah banyak
menyakiti Alia…tapi sekarang akak dah berubah Alia…Kak Syidah bukan
macam dulu lagi” pujuk rasyidah sambil memegang tangan Alia.
Aku
termenung seketika…dan kak Syidah masih lagi berkata kata, aku pula
tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh KakSyidah, mungkin betul
juga, semua orang boleh berubah, mungkin kak Syidah dah matang dari segi
usia dan perilakunya, apa salahnya aku mencuba.
“…jadi sekarang ni akak nak bawa Alia tinggal dengan akak…” Rasyidah
menyudahkan kata katanya yang dari tadi..Alia sedikit pun tidak memberi
tumpuan. Rasyidah tersenyum lebar menampakkan gigi putihya itu.
“HAH!!...
“iyer…ish tak sangka adik akak ni bengapnya tak sudah sudah…dah sampai kl pun masih bengap lagi" marah Rasyidah dengan kelakuan adiknya itu. Tetapi dia harus bersabar, kerana kesabarnnya bakal membuahkan hasil yang cukup lumayan
“aduh!...bengap kak..”
“iyer..bengap..Hahahaha…”
Kedengaran
riuh rendah didalam rumah teres di saujana impian itu…Alia merasa
bahagia kerana tak selamanya dia bermusuhan dengan Rasyidah…baginya
inilah Rahmat Allah kepada hambanya yang benar benar bertawakal kepada
yang SATU…insyaAllah
GEMERSIK ALUNAN CINTA BAB 2
GEMERSIK ALUNAN CINTA BAB 2
No comments:
Post a Comment