Followers

Monday 30 January 2012

Gemersik Alunan Cinta

BAB 2


sumber:google
 Kuala Lumpur:BANGLO MEWAH BANGSAR
Alia melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik Rasyidah. Dia sunguh terpesona dengan reka bentuk yang disusun rapi ala Inggeris.Tetapi dia lagi terkejut dengan kemewahan dimiliki oleh Rasyidah
     “ Puan udah pulang…aduh minta maaf puan saya di dapur menyiapkan makanan tengahari.” Ternyata kelakuan orang gaji tersebut amat menjengkelkan di mata Alia. Bibik tua itu kelihatan amat mencurigakan…seperti takut akan dimarahi oleh rasyidah. Bibik tua itu hanya tunduk membatu memandang kakinya di lantai. Mungkin Rasyidah selalu bersikap tegas kepada orang gaji ini. Teka hatinya lagi.
      “ Sudah ! angkat beg-beg semua ni, lepas tu tunjuk bilik dekat Puan baru awak ni” Rasyidah bersuara kasar. Puan! Hu..hu..tak sangka aku jadi ‘Mem’ kat banglo ni. 
Hurmmm....seronok jugak hidup dibandar ni...goyang kaki le aku dapat kakak kaye macamnih..hihihi. Alia menghempaskan tubuh nya di atas katil empuk di bilik atas sambil tersenyum sorang sorang.

*      *       *


Sudah seminggu Alia meninggalkan kampong halamanya yang damai itu. Dan sudah hampir seminggu jugalah Alia tidak melihat langsung batang hidung Rasyidah. Kemana perginya Rasyidah. Perkara itu menjengkelkan dan menghairankan Alia. Janji dia padanya untuk mendapatkan pekerjaan. Tetapi sudah seminggu lamanya. Alia sudah mula rasa cemas dan tidak selesa dengan situasi itu. Lagi menakutkan apabila di hadapan pintu masuk pagar banglo, terdapat beberapa orang yang sedang mengawasi rumah besar yang macam ala ala misteri, berpakaian gelap siap berkaca mata hitam. Alia bangun lalu duduk di birai katil. Dia mengeluh panjang. Dia bangun sekali lagi dan menuju ke jendela. Menyelak sedikit langsir putih. Alia berkerut lagi. Pandangan matanya tertumpu kepada dua susuk tubuh yang mundar mandir berjaket hitam. Tak mungkin pengawal keselamatan. Macam perisik FBI je. Takkan perisik FBI boleh sesat dekat sini. Eh! Tak…tak..tak..kalau pengawal keselamatan, uniform dia lain. Ini macam orang kongsi gelap je…Ya!...Samseng. Eh! Tak kan  Kak Syidah terlibat dalam jenayah. Alia menampar-nampar pipinya. Sakit! Hish!..apa sedang berlaku ni.
            Dia bergegas turun menuruni anak tangga yang sarat dengan ukiran bunga. Matanya meliar mencari seseorang
            “Bibik!...Bibik!”
Alia  memanggil Bibik di ruangan dapur. Kemudian dilihatnya tubuh Bibik muncul di hadapannya dengan basah kuyup di lengan baju.
            “ Ya Puan!...di sini…sedang cuci Puan". Bibik mengelap-ngelap tangannya yang basah. Wanita itu menghampirinya. Alia menguntumkan senyuman ke arah Bibik yang masih lagi tercungap-cungap menahan penat
            “ Ya…Puan, mahu apa”
            “Bibik sibuk ke?”
            “ eh!...enggak Puan…kenapa ya”
            “ mari kita duduk kejap di sini, Bibik tinggalkanlah dulu kerja di dapur”
ajak Alia sambil menarik lengan Bibik duduk di meja makan dapur. Bibik menuruti sahaja..takut-takut kalau dimarahinya pula.
            “ berapa lama Bibik kerja dekat sini” soal Alia sambil memaniskan muka.
            “ lebih kurang 2 tahun Puan”jawab Bibik pula. Kali ini wajah Alia di dekatkan sedikit dengan wajah bulat Bibik.
            “ saya nak tahu satu perkara…Bibik kena jawab dengan jujur” soal Alia separuh berbisik. Digenggaminya jari jemari wanita tua itu. Bibik  terkejut dengan soalan yang terkeluar dari mulut Alia. Apa pula yang ingin di tanya oleh Puan lagi sorang ni. Bibik  tunduk keresahan.
            "mana puan Rasyidah..dah seminggu lebih saya tak jumpa dia.” Soal Alia.
            “saya enggak tahu Puan…SUMPAH. Jika Puan Rasyidah mahu keluar dia enggak bilang sama saya. Lagi satu ini bukannya rumah Puan Rasyidah, Puan tinggal sama dengan Tuan David di tempat lain Puan.”
Alia tergamam mendengar jawapan daripada mulut Bibik. Jujur betul Bibik sorang ni...ringkas je aku tanya, berlebar lebar dia menjawab..heheh. Apa maksud Kak Syidah tidak tinggal disini…siapa pula Tuan David. Ya ALLAH..hambaMu ini bingung…
            “ siapa Tuan David! Apa hubungannya dengan kakak saya”
Alia bertanya lagi, kali ini suaranya separuh tinggi. Bibik yang mengesyaki perubahan wajah Alia tunduk kaku takut-takut dilempangnya pula.
            “ maaf puan…saya dilarang membocorkan rahsia”
Bibik  menjawab dengan ketakutan sambil tunduk mambatu. Alia mengerutkan mukanya.
            “ Bibik…jangan macam tu, Bibik kena bagi tahu pada saya, Puan Rasyidah tu kakak saya…saya risaukan keadaanya…siapa David tu…apa hubungannya dengan kakak saya”
Alia mengoncang-goncang bahu Bibik yang sedang tunduk. Degil juga orang tua ni.
            “maaf Puan…saya udah janji”
            “ Bibik…Bibik tak kesian dekat saya ke…tolonglah bik” Alia merayu-rayu sambil mengoncang-goncang bahu Bibik Tina.
            “ maaf Puan saya enggak bisa” jawab Bibik  sambil meleraikan pautan tangan Alia di bahunya. Dia bingkas bangun tanpa memandang sedikit pun ke wajah Alia. Alia agak hampa dengan kedegilan Bibik Tina. Dia harus mencari jalan untuk mencari rahsia Rasyidah. Bibik Tina sudah tidak kelihatan lagi. Dia hampa. Alia bangun menuju ke arah ruang tamu. Dia menekan-nekan butang remote control. Dia cuba untuk memberi perhatian kepada rancangan tv seperti selalu, namun kepalanya pusing memikirkan hal Rasyidah. Alia mematikan tv. Dia membelek-belek majalah URTV dan COSMOPOLITAN yang tersusun rapi di bawah meja berkaca itu. Gambar-gambar artis yang terpampang di setiap helaian muka surat tidak juga dapat mengali pandanganya. Dia menarik nafas dalam-dalam sambil menutup mata. Hatinya masih lagi tidak keruan.




            Alia berteleku di atas sejadah. Dia menadah tangan meminta ampun daripadaNya. Hati dan perasaannya sebak teringatkan Rasyidah. Kemana perginya Rasyidah. Alia menanggalkan telekung sembahyang yang masih terlekat di kepalanya. Lalu dilipat-lipat dengan kemas dan digantung di kepala katil. Subuh pada hari itu sungguh sejuk, rintik-rintik hujan yang bergerimis hinggap di kaca jendela. Hatinya masih lagi kehairanan. Melihat gelagat dua orang pengawal yang mundar mandir di sekitar pintu masuk rumah banglo besar itu. Tengah Alia asyik melihat pengawal itu di jendela, tiba-tiba matanya tertancap pada salah seorang pengawal itu yang sedang melihat gerak geri Alia di jendela. Alia terkejut lalu sepantas kilat dia menarik semula langsir di hadapannya. Alia mundar mandir di dalam bilik. Dia mengenggam kedua belah tangan. Dia cemas....dia mesti mengetahui rahsia ini.
             Alia memandang jam dinding. Sudah pukul 7 pagi. Di luar masih gelap kerana kawasan rumah ini dilindungi dengan pokok-pokok tebal seperti hutan kecil. Jenuh sudah Alia memikirkan idea supaya dia dapat mengorek rahsia dari Bibik . Tetapi orang tua itu degil. Macam ada ‘something’. Degil!degil! Alia merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk. Dia mengeluh. Terasa sunyi sekali tinggal di dalam banglo ini. Kalau di kampong Paya Tebrau, pepagi ni dia sudah menjenguk puyu dan sepat di kolam
            “ macamana aku nak keluar dari rumah ini.” Getus hati Alia sambil memandang ke atas syiling rumah. Semenjak dia tinggal di rumah itu, hatinya tidak keruan, pelbagai persoalan yang timbul. Dan hatinya juga terusik mengenangkan rumah di kampong. Terasa ingin keluar daripada sangkar burung emas ini. Semenjak tinggal di Bandar, tempat paling jauh yang dia pernah pergi adalh taman di hujung dapur. Itupun dalam keadaan tidak selesa kerana sering diperhatikan oleh pengawal itu.
            “ Ya ALLAH!...bosan sungguh”. Dia mengeluh lagi. Kemudian fikirannya kembali berputar ligat.  “ apa kata kalau aku…..YES!” Alia bangun lalu menyarungkan seluar track-suit ke tubuh. Dia menutupi kepalanya dengan selendang putih.
            Kemudian di menuruni anak tangga yang sarat dengan bunga-bungaan emas yang merayap. Dia menuju kea rah dapur mencari-cari kelibat Bibik . Dia harus cepat takut-takut Bibik  sudah pergi ke Pasar. Dia tersenyum kegembiraan apabila nampak kelibat Bibik tua itu. Dia mencuit bahu Bibik yang dari tadi tidak menyedari kedatangannya. Dia ketawa kecil apabila berjaya membuat Bibik melatah. Nakal sungguh. Bibik  yang dari tadi sibuk menulis senarai barangan yang mahu dibelinya melompat terkejut. Habis pen di tangannya tercampak entah kemana.
            “ aduh Puan….gugur jantung saya Puan”. Ujar Bibik sambil mengurut-urut dadanya yang masih berombak kencang. Alia ketawa kecil.
            “ sorry Bibik…saya tak tahu pula Bibik melatah”.
Mahu sahaja Bibik  membaham gadis dihadapannya ini kerana telah mengejutkanya. Namun kerana rasa hormat pada majikan dia membatalkan sahaj niat dia. Apatah lagi melihat senyuman Alia yang manis itu. Aduh!manisnya.
            “ hari ini…saya nak ikut Bibik pergi pasar…Bibik jangan nak bantah-bantah tau.” Alia menarik tangan Bibik . Dia terkejut dengan gelagat Puan nya.
            “ aduh!..Puan. mana bisa. Puan tinggal aja di rumah. Di pasar itu busuk…bau hanyir..” jelas Bibik  sambil menekup hidungnya tanda busuk.
            “ Alah!...tak pe…” Alia menarik tangan Bibik  lalu membawanya keluar melaui pintu dapur. Bibik  hanya mampu terpinga-pinga melihat gelagat Alia. Hati Alia sungguh riang laksana rama-rama terbang di pagi hari. Setidak-tidaknya, dapat juga dia keluar untuk mengubat ke bosanan di hatinya.
            Namun…jauh di hadapa kelihatan 2 orang pengawal berpakaian jaket hujan sudah memerhatikan kehadiran Alia dan Bibik . Entah mengapa hati Alia dirundung debaran yang teramat sangat. Namun dia kuat kan hati. Dia berjalan menuju ke pintu pagar. Itulah kali pertama  Alia menatap wajah pengawal-pengawal yang bermuka bengis dan bertubuh sasa. Alia gerun sedikit. Dia cuba untuk mengawal perasaannya, tetapi hakikat dirinya menggigil seluruh badan. Bibik  hanya berjalan selamba ke arah mereka. Semakin lama semakin hampir.
            “ nanti dulu! Awak tidak dibenarkan keluar!” Alia kaget apabila kata-kata kasar keluar dari salah seorang pengawal itu. Tiba-tiba Bibik yang terkejut dengan keadaan itu di suruh keluar dahulu meninggalkan Alia bersama-sama pengawal tadi. Bibik  mengintai dari luar pagar. Alia mencebik mukanya tanda marah. Tetapi bukan wajah garang yang keluar namun wajah comel yang keluar mengelihatikan para pengawal itu.
            “ tak kan nak pergi pasar tak boleh” Alia menyuarakan hasratnya dengan nada tinggi sedikit.
            “ encik! Kasi aja Puan ini ikut saya…sebentar aja” Bibik mencelah di luar pagar.
            “ awak diam!...pergi sana!” jawab seorang lagi pengawal yang agak rendah sedikit. Bibik  terkebil-kebil akibat di herdik dan berginjak sedikit dari pintu pagar. Alia tergamam apabila melihat Bibik  di marahi oleh pengawal yang lagi satu. Ye lah..walaupun dia orang gaji tidak seharusnya dia dimarahi sebegitu rupa.
            “ hei!...awak jangan kurang ajar dengan orang tua. Mak bapak awak tak ajar cara nak hormat dekat orang ka hah!”. Marah Alia sambil menjeling  kea rah pengawal yang berada di hadapannya.
            “ awak diam!...sekarang pergi masuk dalam”. Marah pengawal itu sambil mengarahkan Alia masuk semula ke dalam rumah.
            “ kalau saya tak nak!..” Suara Alia agak tinggi tanda protes di hati.
            “ saya angkat awak masuk dalam. Mana awak nak”
            “ awak tak boleh nak paksa saya”
Alia bercekak pinggang dan menjeling ke arah pengawal yang berada di hadapannya. Pengawal lelaki itu mengangkat kening dan menoleh kea rah pengawal lagi satu. Mereka mengangguk seperti mengiakan sesuatu.
            “ hei!...sekarang saya nak keluar…KETEPI!” Alia menolak tubuh sasa pengawal itu. Berat sungguh untuk di tolak. Kekuatan Alia tidak dapat menandingi kekuatannya. Alia sakit apabila tangannya di cengkam kuat. Alia panic di perlakukan kasar.
            “ lepaslah….lepaskan tangan saya”
Berkali-kali Alia meminta dia dilepaskan. Tetapi lain pula yang jadi. Tubuhnya diangkat ke bahu pengawal itu. Alia menjerit sambil menumbuk-numbuk belakang pengawal itu.
            “ turunkan saya…turunkan saya lahhhhhh…..” Alia menjerit sekuat hati. Bibik Tina di arahkan pergi dari situ. Kelam kelibut langkah Bibik Tina berlari menuju ke Pasar di Pinggir Bandar.
            Tubuh Alia di hempaskan Ke atas tilam empuk di dalam biliknya. Alia ketakutan dan cemas. Dia menelan air liur. Sambil mengurut-urut pergelangan tanganya yang sakit. Dia bangun lalu menumbuk-numbuk  dada pengawal itu. Alia di tolak kembali ke rah tilam. Alia kesakitan di perlakukan sebegitu.
            “ awak degil!...kalau ikutkan hati saya. Dah lama saya lempang awak sampai pengsan. Kemudian saya ratah tubuh awak ni hidup-hidup. Tapi awak ni membawa keuntungan pada bos saya. Sebab itu saya matikan saja nafsu saya ni pada awak. FAHAM!”
Gulp! Alia menelan air liurnya. Tergamam dan terbeliak mata Alia mendengar kata-kata pengawal itu.
            “ Hah!...apa mm…ma..maksud awak” Alia terketar-ketar menjerit kea rah pengawal yang sedang keluar. Kemudian pintu bilik di tutp rapat-rapat dan gegendang telinga Alia dapat menangkap bunyi pintu di kunci. Alia berlari menuju ke pintu yang sudah di tutup rapat.
“ Hei!...buka pintu ni…BUKAAAAAAK” Alia menjerit geram kerana dia baru sahaja di kurung di dalam bilik bisu ini. Alia menumbuk-numbuk daun pintu. Dia Cemas! Dia cuba menekup telinga nya di daun pintu. Terdengar tapak kaki yang menuruni anak tangga makin lama makin hilang. Alia menjerit-jerit sekali lagi sambil tangannya memulas-mulas tombol pintu. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Alia tersandar di pintu. Dia berteleku dengan memaut kedua-dua belah kakinya. Air mata mengalir lesu. Berkali-kali dia menyeka air matanya yang jatuh berguguran.
            Dalam kekalutan itu dia terpandang sebuah telefon rumah di letakkan disudut katil. Dia mencapai gagang talifon lalu cuba untuk mendail 999. Aduh! wayar talifon sudah dipotong. Malang sungguh keadaan Alia ketika itu. Dia bingung dengan keadaannya. Dia juga bingung dengan kata-kata pengawal tadi.
            Tiba-tiba dia terpandang tombol pintu. Dia menghampiri pintu dan matanya tajam memerhatikan tombol itu. Akhirnya dia tersenyum kerana berjaya mendapatkan idea untuk melarikan diri dari rumah banglo yang menakutkan ini.

GEMERSIK ALUNAN CINTA BAB 1 

No comments:

Post a Comment