Followers

Tuesday, 25 June 2013

Buah Lakum itu gatal!!!!

Assalamualaikum semua

Kenal tak buah ni, hahh!!...ni bukan anggur atau keriang tau, tapi kami panggil ni buah Lakum, azie pun tak berapa pandai pasal buah ni cuma dari kecil mak selalu pesan supaya jangan pegang buah ni, sebab buah ni sangat gatal kalau kene air nya, buah ni juga tak boleh makan dan jangan sesedap hati jer nak claim kat orang ramai bahawasanya kat kampung kami ni anggur boleh tumbuh, hihih. Seperti biasa,  masa azie balik kampung haritu, anak sepupu azie sibuk berlari ke sana sini, sambil azie mngintai ntah ape mereka buat tu, intai punya intai, rupe-rupenyer mereka kutip buah lakum ni. "Hui!!..tak osah la kutip buah tu nanti gatai badan". Dan dengan selambanya mereka buat derk jer..(rasenyer anak jati kampung kot..mana heran gatai gatai ni), okey tak nak panjang lebar punyer cerita..mari kita baca sedikit info pasal buah lakum ni




Nama tempatan nya ialah buah Lakum, manakala nama saintifik ialah Vitis Diffusa (hah kau..nama nye) Nama lain ialah Ubi Kertas. Lakum merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mudah dijumpai dibelukar negara kita terutamnya kawsan ditepi sungai. Daunnya yang muda berwarna putih dibahagian bawahnya. bahagian yang putih ini akan bertukar warna coklat keperangan setelah agak tua. Daunnya mempunyai bahagian tepi yang bergerigi. Lakum membiak melalui ubinya.
Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang  mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata. Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari. proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari. Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengadah uni tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering. Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesis ikan sungai erutamnya ikan baung...hahhh..penat menaip dari google..

okey..setelah menaip sambil baca..rupe rupenya  mana ada biah lakum ni gatai..saje je lah mak azie ni nak takut takut kan anak dia...buah lakum ni siap boleh dijadikan ubat bisul dan boleh minum lagi tau..

2 comments:

  1. tau juga buah ni..bkn keriang..kalau buah keriang pokok tinggi...mmg serupa tapi tak sama..buah ni gatal..sejeis pokok yg menjalar..

    mmg tak pegang pun kalau jumpa buah ni..

    ReplyDelete
  2. memang x pernah pegang pun....semua kt kampung cakap buah ni gatal..rupe rupenyer...buah ni boleh buat ubat

    ReplyDelete