Followers

Tuesday, 7 February 2012

Ikan Keli masak cabai

Salam semua

Pada Raya tahun lepas, aku berkesempatan memasak dan belajar beberapa masakan simple daripada emak, Masakan ini juga adalah masakan kegemaran kami adik beradik, dan kalau ada kenduri-kendara dikampung, sajian utama dalam lauk pauk lain adalah ikan keli masak cabai ini.
Resepinya senang, macam masakan cabai lain...hah, kenapa yer aku panggil cabai, dan tak panggil cili ke, masak merah ke, sambal ker...sebabnyer aku ni orang utara no.....cabai ni maksudnyer cili lah....

Walaupun dah kira pandai masak ni...tetapi rasa keenakan masakan mak aku lagi sedap. Dan aku masih lagi berusaha untuk menjadikan rasanya sama dengan rasa masakan emak aku.

Pic dibawah aku sempat snap sambil mak aku menggelengkan kepala(hairan sebab anaknyer ni daripada zaman anak dara sampailah jd mak budak ni...asyik menangkap gambar jer kejenyer)....kedapur malas sekali..hehehe. Hobi la katakan....memang pedas masakan ni, memang stail orang utara memakan masakan pedas supaya boleh keluar peluh(yer kot hehehe)

Sorry.. Pic yang diambil agak x kemas...fail dari segi kekemasan...dan kalu masuk master cheif..pasti kena buang awal-awal....presentation tak cantik, takder letak cabai dibelah 4 menjadi bunga, bawang dihiris nipis menjadi gegelang...dan timun penyejuk lidah dikala pedas...


hasil air tangan ku....x sesedap mak punyer

No comments:

Post a Comment

Post a Comment