Followers

Sunday 23 September 2012

Pinggan lama atuk

Assalamualaikum dan salam sejahtere....

Gambar pinggan lama dekat bawah ni adalah kepunyaan atok(perempuan) iaitu ibu kepada mak aku. Sebenarnya masa kecil dulu x pernah aku ambil tahu pasal pinggan lama ni, sehinggalah aku balik kampung haritu, tiba-tiba aku ternampak mak menyusun pinggan ni di atas damparan(rak) dapur. Dari situ terbit rasa ingin tahu dan ingin memiliki pinggan lama ni. 

kata mak, ini pinggan orang dulu-dulu punya.. atok beli dulu, lepastu atok agih-agihkan bahagikan samarata pada anak-anaknya termasuklah mak aku...jadi mak aku ni pulak bahagila pulak dekat menantu dan kakak aku ni. tetiba aku rasa pelik..kenape mak tak nak bagi dkt aku ek?... kata mak..." aku ingatkan hang tak mau..kalau nak hang amik la"... aku pun mcm biasa tersengih sengih dan rasa tak malunya..terus membungkus dengan surat kabar lama..simpan dendiam dalam bonet kereta..



selepas itu...jiwa kau terus sentimental..woah..terus. Aku tiba-tiba dpt rasakan jiwa aku lebih meminati barang-barang tradisional lama ini. Aku harap satu hari nanti, anak cucu aku juga dapat menyimpan barangan lama ini juga
(sorry ayat x betol...demam..gagah jugak update blog )

Monday 17 September 2012

Rumah ada titi panjang

Assalamualaikum..

first time menjejaki di negeri labuan membuatkan  rasa teruja ni x dapat nk dibendung apabila ternampak perkampungan yang unik di pinggiran laut...