Followers

Wednesday 2 November 2011

Seni Bina Muzium Terengganu

Pertama kali menjejaki perkarangan muzium terengganu, hatiku melayang layang dan secara tidak sengaja mulut aku terbuka sedikit sebab bangga menjejaki ke muzium ini. Bukan senang wei..dari KL ke Terengganu..7 jam tu..lalu karak pulak tu. dikesempatan itu, aku shoot gambar muzium ini dengan sepuas puasnya walaupun hati berat nak melangkah masuk ke dalam van. Saksikan sendiri keindahan senibina anak melayu kita...ganu kiteeee...
sebelum melihat pic muzium ni..sila baca serba sedikti tentang pembinaan Muzium Terengganu ini. Ini semua aku copy paste dalam portal terengganu muzium..boleh layari di http://museum.terengganu.gov.my

Konsep rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah. Pada asasnya ada tiga pertimbangan utama untuk dibuat di dalam merealisasikan rekabentuk bangunan utama Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Pertama, ia berkaitan dengan imej ataupun rupabentuk bangunan. Pada peringkat awal, objektif rupabentuk adalah lebih menjurus kepada cita-cita untuk mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina Melayu tempatan. Untuk maksud tersebut, maka rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi telah dipilih.

Ciri utama rekabentuk senibina ialah ‘ fascia ’ hadapannya yang dikenali sebagai pemeleh dan dinding panel berukir. Bangunan ini juga direkabentuk untuk memberikan gambaran seakan-akan ia berdiri di atas tiang dengan ruang masuk melalui tangga yang terangkat seperti rumah tradisional di kampung-kampung. Bahan serta ukiran kayu yang diselitkan bertujuan untuk menambahkan aspek keaslian serta estatiknya.

Kedua, perancangan susunatur ruang yang diputuskan di dalam aspek pembinaan bangunan utama ini mengandungi 4 blok yang bersambung dengan ruang ‘ communal ’ yang berfungsi sebagai laman pameran. Rangkaian bangunan yang bersambung ini mengambarkan satu keluarga yang besar yang berakar umbi daripada keluarga asas iaitu blok utama dan apabila jumlah isi keluarga berkembang, maka wujudlah bangunan yang baru, iaitu rangkaian blok-blok lain. Daripada aspek kekeluargaan, ia menampakkan suasana akrab dan rapat di antara ahli keluarga. Jambatan perhubungan di antara blok utama dengan blok yang lain menggambarkan bahawa hubungan di antara ibubapa dan anak serta ahli keluarga sentiasa terjalin dengan erat.

Susun atur ruang sedemikian juga diharap akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati sistem laluan yang menarik dan selesa di mana mereka boleh bergerak dari satu blok ke satu blok yang lain. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati dua keadaan yang berbeza, di mana semasa berada di dalam bangunan, pengunjung akan menikmati suasana yang agak‘mekanikal ’ manakala semasa berada di jambatan penghubung, pengunjung menikmati suasana luaran yang begitu ‘natural’ dan nyaman.

Ketiga, bangunan ini juga dibina menghadap sungai di dalam paksi Timur Barat. Konsep ini dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang menggunakan jalan air ( sungai ). Dengan ini, diharapkan pengunjung berpeluang untuk datang ke Muzium dengan menggunakan jalan air. Untuk lebih efisyen, sebuah jeti yang boleh dijadikan pengkalan oleh para pengunjung juga telah dibina.

Untuk menambahkan lagi ciri ‘ ketradisionalannya ’, sebuah lagun buatan telah dibina sebagai kolam bayangan ‘ fantasy pool ’ berhampiran dengan tebing sungai. Kewujudan kolam bayangan ini akan dapat mengurangkan konsep ukuran bangunan ( building scale ) kepada konsep yang lebih berteraskan ukuran kemanusiaan ( human scale ).

taman larangan..bayangkan

gigantic punyer rumah

jom naik

speechleessssss

jom naik lagi

pemandangan dr atas tangga

hijau sangat

tak terkata kata

cantik kan

Tuesday 1 November 2011

Terengganu..saya dah pegi wei...

Assalamualaikum...
ahad lalu, aku telah mengikuti satu rombongan yang best iaitu rombongan GAMELAN teams...nape?? tak percaya aku main gamelan???..percayalah....tiba tiba :(
rombongan tu telah memuatkan 11 orang di dalam Van yang agak selesa la jugak...kami menuju ke arah pantai timur yang tak pernah aku jejak..so kawan kawan ini ada beberapa cerita dan gambar yang sempat aku tangkap untuk tatapan semua...ganu kiteee...lalalalala

memula aku nak share gambar ngan korang pasal keindahan di sekitar kawasan menuju ke pasar payang yang x sempat kitorang singgah. Iyolah pasar payang tu tutup pukul 6.00 petang..kitorang pulek boleh sampai kat sana pukul 5.30..itu time orang dah kemas kemas dah..

 hotel kami semua menginap..agak berselerak sebab tgh renovate tau.


ini member2 yang join dan tengah seronok nak pegi pasar payang

tetiba tertarik dengan tanglung ni

cantek tak!!!?

terjumpa rumah ni, ukiran nya sangat cantik dan teringat dekat MELAKA

Terengganu tau...bukan Melaka

yang ni pun aku snap...cantik jambatan dia

satu lagi rumah cantik

dekat area pasar payang

pasar payang tak jadi masuk sebab close, so  terjumpa bazar ni.

jom makan..nak tengok..terapung tak!!

minum dulu...my fevret

dah habis makan...jom pulang ke sarang dah nak maghrib dah

Selepas kami semua makan makan dan hepi hepi sekejap, kami bersiap siap untuk ke UniSZA. Di bawah adalah diantara gambar gambar yang sempat dirakam.

kitorang dapat goody bag, dlm tu ada dodol keras  :)

ini selaku MC malam tu, macam pengantin pulak

peserta 1: Istana budaya (1st place-kategori tradisional)

peserta 2 : USM - kontemporari

peserta 3: Uitm dungun-tradisional

peserta 4 : Uni Pertahan Awam - tradisional

peserta 5: Uni Tekn Petronas - traditional, dh mcm nak menari dah :)

Utp...amat dasyat pemain gambang tu

peserta 6: Istana budaya - pemenang kategori kontemporari)

best diorang nih.

Peserta 7: Aswara-kategori traditional

peserta 8: UniZA, tuan rumah-pemenang fevret juri-kontemporari

memang patut menang sb diorang creative

gemalai tarian GAMELAN...tarian topeng

ini tarian Gamelan tarian Perang Manggong

best dioarang ni..cantik pulak tu

ini jurinyer...PAK NGAH  yang cute

Okey..selepas dapat tahu siapa pemenangnya, so kitorang bergegas balik ke sarang masing masing sb dah penat, dalam perjalanan tu sempat lak singgah MCD, aku yang baru nak diet dah x jadi plak.
Besoknya, dlam pukul 8 kitorang terbabas tido, siap siap bersiap bergegas plak turun cafe untuk menjamu selera

ini sarapan sampingan jer, sebenarnya dah lahap nasi goreng dah

dia satu bilik ngan aku namanya Raje Sue..dah berpunye!!!