Followers

Tuesday 26 February 2013

Kebun kecil mak

Assalamualaikum semua
Pernah tak korang semua masa sekolah menengah dulu belajar menanam, tapi tu untuk yang masuk kelas T(pertanian), seronok gile la sebab orang lain stress belajar kami main tanah lepas tu siap pegang tahi kambing..erk..yer betul la tahi kambing dengan tahi arnab, itu semua sebab nak jadikan sebagai baja kimia, dibelakang kelas, kami mencangkul, menanam dan menyiram pokok Jagung, Bendi dan sebagainya. Walaupun kerja itu kotor tapi disebabkan ada markah disebaliknya, maka kami langsungkan juga kerja tu. Alhamdulillah hasilnya ada tapi mungkin kami tak berapa terer kerje menanam ni, maka ulat-ulat daun dan juga kumbang dengan selamba nya makan kitorang punye tanaman. Itu adalah kenangan manis yang aku rasa masa zaman sekolah dulu selain kenangan kena ngorat dek budak senior..ahahaha...
 

putik oh putik...

oh apa kene mengena cerita ni dengan pic ni dan tajuk ni ek?... itu semua mukadimah, saje nak membebel. Sebenarnya sy nak cerita pasal kebun sayur mak saya ni, Mak memang suka menanam, tapi kalau bab menanam pokok bunga memang failed, tapi....kalau tanam sayur, campak je terus hidup..Hah!! kalau x percaya, cuba tengok pic no 2, itu pokok labu mak main campak je bijik benih tu, tetiba je menjalar, itupun mak bnyak cantas takut ada ular nyorok dalm semak pokok tu.

ni main campak je..tetiba dah menjalar

hah..kalau ada benteng sabut tu, maknanya mak menanam secara serius

dekat tepi longkang tu ada pokok limau

ni pun sama, mak main campak campak jer

motif mak sy tanam pokok pisang, padahal dekat tepi jalan belambak
pokok nenas

Inila kebunnyer...banyak lagi yang aku x sempat nak snap, macam biasala, mak aku geleng kepala sebab tengok aku ni asyik tangkap gambar sampai tertonggek tonggek (kunun profesional).
sekian  :)

Sunday 24 February 2013

Belajar masak dari blogger Che Mat Gebu

Assalamualaikum....
buat pertamakalinya...sy nak share pasal masak memasak ni, sy belajar memasak ni daripada blogger che mat gebu . Terbukti mmg aku x pandai masak memasak ni, tapi bila dah kahwin ni..dapat pulak chek abang yang suka makan dekat rumah, so nak x nak kene la belajar memasak walaupun hasilnya berkerut jugak la aku tengok dahi chek abang aku..heheh. 

gambar kiri adalah telur dada sardin, yang kanan pula sup sayur


yang kiri adalah kari ayam dengan ikan sepat kering (ikan sepat ni bukan resepi CMG)


yang kiri tu aku buat sendiri pun bukan dri resepi CMG tapi yang kanan tu resepi dia Ikan selar masak 3 rasa


hah...yang kiri tu mmg failed..x jadi langsung, cendawan goreng dan sebelah dia ikan masak asam pedas


Resepi dan cara-cara CMG buat memang senang, dan aku boleh ikut dan kalau korang nk cuba boleh klik kt bawah yg aku bagi link ni  :) enjoy cooking

Cendawan Goreng
Telur Sardine
Sup sayur campur-campur
Kari ayam klasik dengan telur
Ikan 3 Rasa

Terima kasih Che Mat Gebu  :)


Menangkoi ikan

Assalamualaikum
My son and Mr hubby tengah sibuk buat aktiviti kampung, my son biasalah dengan aktivit berendam dalam bekas tu, my hubby pula seronok menangkoi ikan.  Dari kecil hingga besar, benda ni jelah aku nampak, benda yang mak aku still guna smpai sekarang.




Pokok Susupan (semalu air)

Assalamualaikum semua

Pernah tak dengar nama pokok ni? Hah!! pelik kan?. aku search dlm internet pun xder, kalau pokok semalu adela. Tapi kalau jenis yang berair ni tak tahu lah nak sebut ape. Kami sebut pokok susupan jer. Itupun dalam bahasa banjar kami panggil Susupan yang bermaksud pemalu, malu...

Pokok ni memang sama mcm pokok semalu tetapi perbezaannya Ia hidup di atas air dan mempunyai span putih, batang nye pula sangat tembam tembam, manakala daun nya pula mempunyai sifat yang sama macam pokok semalu darat(tanah).

Jikalau masak tumis atau lemak atau ikut suke korang lah, baunya memang serupa macam petai(busuk busuk sedap) ehehehe. Mak aku memang suke masak sayur ni, paling dia suka ialah masak Susupan masak lemak kuning...teringat pulak. Tapi bila habis je melantak sayur ni, kene la tanggung risiko kentut busuk dan juga mulut berbau disebabkan baunya macam ala ala petai sikit.

Masa aku balik kampung haritu, lupa pulak nak suruh mak masak sayur ni, sibuk menangkap gambar titi nak roboh ni tetiba ternampak pulak susupan yang lebat dan subur ni. Sampai kl bila tengok gambar ni terus terliur rasa mcm nak balik kg sekarang pulak. InsyaaAllah kalau ada masa nti aku nk try masak sayur ni pulak.

hijaukan...kaki enterframe pulak...titi dah nk roboh ni

geramnyer rasa nk petik

korang nampak x ape yg aku nampak.......span putih..comel jek..ahahha

Jus Roselle

Assalamualaikum dan salam bahagia... kalini entry pasal pokok roselle ni, bulan lepas seperti biasa kalau aku balik kampung je..adela bende-bende yang aku tangkap supaya aku dapat share dengan kawan-kawan semua, cerita pasal pokok roselle ni....aku tahu semua orang pernah nampak dan tahu khasiat serta faedah menananm pokok ini. Sebenarnya masa aku kecil, mak dah lama tanam pokok ni, aku rasakan mak suke-suke jer sebab masa tu mak dan babah dh ada pendapatan tetap menjadi seorang pesawah, cukuplah untuk beri makan minum kami adi beradik, rupe-rupenyer..satu kampung dah tanam pokok ni, agaknya(time tu aku kecil) pihak jabatan pertanian beri biji benih untuk memulakan jenis pertanian yang baru aku rasakan.

Namun setelah mak menanam pokok spesis ni (waktu tu memang popular jus roselle dan baru tengah nak naik) hidup pula subur, tapi cuma sebatas sahaja, aku agak kan dalam 5 pokok, tetapi 1 pokok dapat mengeluarkan banyak buahnya..aku seperti biasa BUDAK NAKAL..heheh, belum sempat bunga roselle nak menjadi buah...aku dulu memetik atau menggunakan bahasa kasar...mencabut separuh dari satu pokok roselle tu. Bangganya dapat cabut..mak terpinga-pinga, mungkin nak marah agaknya...aku pula tersengih kerang busuk sambil menggemgan bunga yang telah aku cabut tu setelah mak aku menjerit.." Hah..cabut..cabut la bunga tu...cabut la semua..."..hihih..tula mak aku...xpernahnya pukul atau cubit kami adik beradik. Setelah insaf berganda-ganda akibat perbuatan tadi..baru mak cerita apa kegunaan dan khasiat serta kenapa mak menanam pkok ni. 

Kemudian hari berikutnya...mak pula memetik buah roselle yang dah matang, aku cuma menjadi tukang tengok sebab x berani nak usik lagi pokok tu. Mak mengutip semua buah yang dah masak..lalu dikumpul dalam bekas kemudian di basuh...setelah itu, mak menyiang (asingkan antara kulit dan biji) pula buah roselle, kulit di rebus dan biji dikeringkan...setelah itu, buah roselle di blander hingga lumat, mak memerah atau menapis roselle yang di blander(agak lendir sikit la) untuk mendapatkan pati jus roselle... setelah itu, kami cuma dapat separuh jug je pati roselle, pada malam itu, mak membuat jus roselle yang pertama kali aku rasa..hurmm..rasanyer macam jus kranberi, anggur...atau paling dekat macam rasa ribena la...Alhamdulillah, kalau x kerana mak..kami mungkin x rasa jus roselle yang agak sedap la...kenangan tu tak akan aku lupakan...terima kasih mak...sayang mak



antara gambar yang sempat aku snap..

Ini ada beberapa info pasal Roselle : WIKIPEDIA
Asam belanda, asam susur, atau rosel, (bahasa inggeris: roselle) merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Asam belanda mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan asam belanda dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan asam belanda berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan asam belanda ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Pokok asam belanda boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga asam belanda yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda.

Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di afrika, biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.