Followers

Tuesday 26 November 2013

Zarir HjAbdullah : ukiran kayu melayu



Zarir HjAbdullah…
Hanya kenalan di FB cukup buat aku terpesona dengan hasil kerja ukiran kayu yang dihasilkan, seperti kayu itu dilentur lentur dan ditarik-tarik, dikembang kembang hingga wujud satu rupa yang sangat cantik, 

mungkin aku katak dibawah tempurung atau memang dia dah dikenali dengan kelembutan hasil ukirannya, maklumlah, aku memang sebegini, tidak perah untuk mengambil tahu hal hal dunia, walhal hal seni pun hanya sikit di minda aku, aku hanya mampu melorek dan mewarna mengikut kemampuan jiwa, rohani dan emosi ku, aku tidak mampu melukis mengikut dateline sesebuah pameran..bagi aku sangat kacau..

Cuba lihat hasil-hasil ukirannya, bangga aku seketika kerana masih ada jiwa muda yang mampu mengukir sebegitu indah, bukan niat aku untuk memuji-muji akan dirinya, tetapi itu adalah hakikat, hakikat bahawa ada manusia yang lembut tangan dan cerdik utuk memartabatkan hasil seni ukiran kayu walaupun tema dan konsepnya sedikit moden.

Kepada Zarir hj Abdullah..syabas








cantik kan?!
sekian