Followers

Sunday 16 October 2011

Sambal Petai Masak Tempoyak....

Assalamualaikum

inilah hasilnya, setelah bertahun tahun aku bertungkus lumus merealisasikan impian Azrul, untuk belajar masak Petai tempoyak ni, akhirnya menjadi jugak walaupun x sesedap macam mak mentua aku buat. 

Tempoyak and the sister....mari buat tempoyak

Assalamualaikum....

Pernahkah anda semua membuat tempoyak?..atau pernahkah saya membuat tempoyak???...sepanjang hidup aku sebelum ni. Tak pernah sepuluh jari aku ni memegang tempoyak apatah lagi membuatnya. bermacam macam cerita aku dengar pasal tempoyak ni..semuanya cerita tak elok, Tempoyak meletop dalam kapal terbang lah, Tempoyak meletop dalam beg kain baju makcik dalam bas lah, Orang makan tempoyak jumpe ulat lah, kalau makan tempoyak kampungan sangat lah....macam macam lah. Tapi bagi aku, tempoyak itu unik, dan kalau bagi tempoyak ni untuk peserta X-Factor makan pun, mesti diorang tarik diri pastu muntah-muntah, kan??

Fisrt time aku jumpa dan tengok tempoyak bila waktu malam, mak aku sibuk menyental-nyental, menguis nguis dan mengasingkan tempoyak busuk dengan tempoyak elok dari ruasnya. Seingat aku la, masa tu aku kecil lagi, mungkin dalam darjah enam atau tingkatan 1. Maklumlah, orang tak pernah masuk dapur, tak pernah tolong mak ke dapur, tiba-tiba hati ni tertarik untuk melihat sesi membuat tempoyak oleh mak aku didapur. Berbekalkan lampu minyak tanah(mak aku ni memang suka save bajet padahal ada letrik) aku duduk rapat memerhati aktiviti itu sehinggakan hujung rambut aku terbakar dek kusyuk melihat.
Mula-mula, mak menggunakan jari jemarinya itu sambil memerhatikan setiap isi durian yang gebu dan lemak. Mak tersenyum melihat durian-durian yang berlambak hampir busuk. Tapi aku menutup hidung dengan jari telunjuk aku.

Dah habis mak mengasing-asingkan durian busuk dan durian wangi...aku tengok mak aku merenjis-renjis sikit air garam dan menabue sikit cili padi perawit ke atas himpunan durian busuk tadi..kemudian mengacaunya. ok siap, lalu mak aku meletakkan didalam bekas plastik(balang bekas isi gule gule kat kedai runcit tuuu..tapi mak aku isi kuih raye ) Aku pula yang pada masa tu agresif ingin tahu apakah dan adakah rasanya sehebat dan setanding aiskrim vanila di kedai runcit. Secara tak sengaja aku mencalit banyak sikit lalu menyaupkan tempoyak itu ke dalam mulut aku. tiba-tiba..Yawwwwww...erk!!!..phtttt..weng weng weng....pening sekejap..apakah rase ini, x sedapnyer. Stat haritu..secara rasminya aku telah mengistiharkan perang besar besaran ke atas tempoyak, dan terwujudnya satu memorandum diantara aku dan tempoyak bahawa aku tidak akan memakan tempoyak samada dimasak, termasak masakan berkaitan tempoyak, kerana tempoyak boleh menyebabkan aku hilang mood.

hasilnyer
 
Tetapi!!!..hendak dijadikan cerita. Punya lah menyampah tak ingat dekat tempoyak ni, namun Allah itu maha kuasa, lagi kita menyampah, lagi dia sukakan kita dekat tempoyak itu. Setelah aku berkahwin dengan dengan insan yang terpilih dan dipilih oleh Allah. selama hampir 3 tahun, bende tempoyak ini lah yang aku jumpa hampir setiap hari. Sebab dia adalah pemakan dan pemangsa TEMPOYAK!!! Oh tidak!!! Kenapa aku berjumpa dengan TEMPOYAK ini!!! Kenapakah..YA ALLAH!!!

aku tengah buat projek