Followers

Sunday 30 June 2013

Makanan simple dan paling sedap

Assalamualaikum semua dan selamat tengahari..
Sebenarnya azie tengah kepedasan menahan pedas kuah  Sup tulang kakak(indonesia) cafe yang baru azie menelan ni. Sup dia mmg terbaik lah..sampai kan azie repeat 2-4 kali... maklumlah orang tengah pakai korset ni mana mampu nk telan nasi banyak-banyak kan...so yang mampu telan sup jela...itu pun ade minyak sikit-sikit. Pada hari Sabtu lepas..Azie dan team Puspanita menjalankan aktiviti mendaki Broga.. Broga di Semenyih tu. Memula memang semangat nak naik..tapi bila dah smpai tengah-tengah pendakian tu, masyaAllah punya la sakit kaki dan keadaan tubuh azie tak terkawal..muntah-muntah dan pening-pening..hoyong hayang jadiknyer...tapi disebabkan support kengkawan semua azie gagahkan jua naik hingga ke puncak tipu..sebenarnya dia bnyak puncak... Okey azie pun tak sempat nak snap bnyak banyak panorama kat atas tu (disebabkan dah x larat oii), insyaAllah lainkali azie mesti daki hingga ke puncak..amin.

Okey sebenarnya nak cerita pasal makanan kegemaran azie ni, sure korang pun suka...lihat pic dibawah

taraaa!!!!!!

dan..taraa!!!!
..bersambung...asyik bersambung jer..bos dah datang carik...

Tuesday 25 June 2013

Buah Lakum itu gatal!!!!

Assalamualaikum semua

Kenal tak buah ni, hahh!!...ni bukan anggur atau keriang tau, tapi kami panggil ni buah Lakum, azie pun tak berapa pandai pasal buah ni cuma dari kecil mak selalu pesan supaya jangan pegang buah ni, sebab buah ni sangat gatal kalau kene air nya, buah ni juga tak boleh makan dan jangan sesedap hati jer nak claim kat orang ramai bahawasanya kat kampung kami ni anggur boleh tumbuh, hihih. Seperti biasa,  masa azie balik kampung haritu, anak sepupu azie sibuk berlari ke sana sini, sambil azie mngintai ntah ape mereka buat tu, intai punya intai, rupe-rupenyer mereka kutip buah lakum ni. "Hui!!..tak osah la kutip buah tu nanti gatai badan". Dan dengan selambanya mereka buat derk jer..(rasenyer anak jati kampung kot..mana heran gatai gatai ni), okey tak nak panjang lebar punyer cerita..mari kita baca sedikit info pasal buah lakum ni




Nama tempatan nya ialah buah Lakum, manakala nama saintifik ialah Vitis Diffusa (hah kau..nama nye) Nama lain ialah Ubi Kertas. Lakum merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mudah dijumpai dibelukar negara kita terutamnya kawsan ditepi sungai. Daunnya yang muda berwarna putih dibahagian bawahnya. bahagian yang putih ini akan bertukar warna coklat keperangan setelah agak tua. Daunnya mempunyai bahagian tepi yang bergerigi. Lakum membiak melalui ubinya.
Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang  mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata. Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari. proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari. Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengadah uni tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering. Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesis ikan sungai erutamnya ikan baung...hahhh..penat menaip dari google..

okey..setelah menaip sambil baca..rupe rupenya  mana ada biah lakum ni gatai..saje je lah mak azie ni nak takut takut kan anak dia...buah lakum ni siap boleh dijadikan ubat bisul dan boleh minum lagi tau..

Monday 24 June 2013

Kalakatar..kuih tradisonal masyarakt banjar

Assalamualaikum..dan selamat pagi...
gud morning readers...kawan-kawan dan follower semua...sekarang ni musim jerebu kan..so sy nak ingatkan supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, marilah kita sama doakan yang terbaik utnuk bumi Allah yang kita pinjam ini..Aminnn

Okey, kalini nak kongsi gambar (bukan nak kongsi resepi sebab x pandai2 pandai masak lagi kuih ni) kuih tradisional masyarakat banjar iaitu Kalakatar....Haaahh!! diulangi KALAKATAR..bunyik macam gunung berapai indonesia Karakatoa pulak kan...hihihih, atau nama biasanya kuih bengkang kelapa muda..hmm..nyum nyum...sedap okey. Seprti biasa kalau aku balik kampung, mak aku memang dah agak dah keje aku macam reporter je, asal mak masak jer keje aku menangkap gambar, tapi kalini pelik sikit..mak aku pulak yang tanya.." aitt cik..tak mau tangkap gambaq kaaa"..hihihi aku ni yang tersipu-sipu malu teruih ambil pic kuih ni setelah masak menggunakan dapur kayu...kayuuu okey...

ha..inila hasilnya..resepinya yang sempat aku tanya.. mak letak air kelapa muda, isi kelapa muda, telur dan juga tepung sikit...(korang jangan gelak yer kalau aku bagi resepi cenggini sebab aku mmg x reti masak) mak pulak main petik je bahan-bahan tu bukannyer nak bagitau berapa gram ke..berapa sudu teh ker..berapa cawan ke...dah aku terkial-kial nak buat balik nanti kt KL...


insyaAllah nanti nak telefon mak.nak tanya balik macam mana buat kuih ni, tapi kalau kakak2 semua yang terer masak bengkang agaknyer lebih kurang kot cuma tambah isi kelapa dan air kelapa jer. Okey pic yang kedua tu korang semua jangan salah faham yer...bukan tepung tak habis pukul..itu isi kelapa muda yang sangat sedap...dan yang hitam-hitam macam debu tu bukan sisa kotoran tetapi habuk dapur kayu yang naik ke atas kuih tu...sebab mak gunakan dapur kayu sebab tu jadi macamtu...

Okey..hasilnyer sangat sedap sebab kalau kita makan, kita akan tergigit sekali isi kelapa muda yang lembut.hmm nyum nyum...selamat mencuba (eh..resepi x bagi macam mana nak cube..?) korang terer masak main agak-agak main campak campak mcm mak aku tu kire tak payah bagi resepi pun boleh buat kan.. :)

Gifted from Allah

Assalamualaikum semua

Sejak kecil azie memang sukakan art, tak kira lah apa jenis art tu asalkan ia berkaitan dengan lakaran, design dan craft...sampaikan masa kecil pun kami main masak-masak akan hias tanah merah tu macam sebiji kek..lepastu hias diatas dengan kelopak2 bunga yang cantik, lepastu bandingkan kek siapa yang paling cantik. Azie pun suke koyak buku log dan buku sains abang-abang azie...kelakar bukan, memang malang la siapa yang dapat adik macam azie ni, kalau abang tanya..muka ni tunjuk muke blurr tak tahu jer, paling selamat pun lari ke arah mak sambil nyorok belakang mak (takut kene marah ngn abang..padahal masa koyak buku tu tak fikir pun takut)

Sehinggakan kalau melukis mural yang Pengetua bagi tugasan, kami pasukan persatuan Pendidikan seni boleh menyiapkan mural tu selama separuh hari sahaja (kerahan tenaga)..oh tidak, bukan kerahan tenaga..tetapi masing-masing rasa seronok menconteng dinding..hilang stress...akhirnya kami dipuji sewaktu assembly di pagi hari...seronok kan?

Entah dari mana azie dapat bakat ni?..azie pun tak tahu..mungkin dari Ibu dan nenek..agak nyer (sebab diorang suka buat barangan craft) oh ya..tak percaya ker?..tuuu..azie dah bagi link dekat sini dan sini.. semua tu link blog art yang azie punyer...silakan lah tengok. :)


Sewaktu pulang ke kampung tempoh hari (sebulan lepas kot) azie terkejut sebab mak masih lagi menyimpan piala-piala kami adik beradik di atas almari baru nyer..ermmm cantik mak susun macamtu..tapi sayang nya, dah banyak piala kami patah-patah sebabkan dah lama...dalam banyak banyak piala tu terselit jugak piala azie yang memenangi tempat kedua pertandingan melukis aposter anti dadah peringkat sekolah negeri perak..kire azie dapat nombor dua dari seluruh negeri perak ler..kire okeyla sebab tak dapat johan kan...kalau nak cerita memang sedih sebab.. masa tu syarat-syarat pertandingan diwajibkan menggunakan 3 atau 4 kaler sahaja (tanpa campur) disaat last last minit tiba tiba para juri menukar syarat dengan mengatakan dibenarkan mengunakan kaler sebanyak mungkin..( mungkin sebab nampak budak cina tu buat poster cantik sangat sebab guna banyak kaler so kalau nak disqualified sayangkan...so pihak juri menukar syarat dengan membenarkan kami menggunakan kaler lebih dari 4.. azie yang dah nak siap lagi 20% sangat tak berpuas hati, namun nak buat macam mana kan...azie dapat number dua..dan budak cina tu pulak dapat number 1... alah...takpelah..rezeki ditangan tuhan...azie redha (baik kan). Ape ape pun masa tu sangta gembira sebab azie membawa kemenangan yang best  untuk mak dan babah...  :)

...sambung...