Followers

Monday 30 January 2012

Doa Siti Fatihah Bab 3

Aku meletakkan surat bersampul putih diam-diam, kemas-kemas dan betul-betul di atas meja En Choi. Mudah-mudahan surat perletakan jawatan aku 24 jam itu diperkenan oleh bos Apek aku ni. Kejadian dua hari lepas menyebabkan aku hilang kawalan dan tumpuan dalam hidup. Stress sentiasa membuak-buak..memanggil-manggil aku ke Tanjung Rambutan...oh no!!..tidak sama sekali, bodoh kiranya aku menjadi pesakit mental gara-gara si jantan hidung belang ini. Life masih panjang.
Melihat tempat kerja si jantan hidung belang ini sudah cukup membuatkan aku termuntah, mengeluarkan segala kata-kata cinta yang pernah menjadi sajian makanan aku 5 bulan lepas..urgh..bodohnya aku.

Bagusla..dia pun tak datang lagi...boleh aku bersenang-lenang packing barang ni. Berlagak pula jadinya aku ni. Haih..buku dalam kotak hijau, Surat dalam kotak pink...ermmm...tools dalam paper bag lah...

Ting!!!..pintu pejabat terbuka...jeng jeng jeng!!!....
Dipendekkan cerita, semua orang dah tahu perihal surat perletakkan jawatan ku itu. Yang paling kecoh adalah Kak Leha
" kenape ko nak berenti keje Fati?, ko dapat keje mane?, ko marah dekak akak ke?ade bende yang ko selindung ni kan? ke ko merajuk dengan abang Mukhriz kau?" soalan bertalu-talu daripada si mulut becok itu, soalan terakhir yang membuatkan aku sedikit tergaman 'MERAJUK'....please lah.... Dengan tidak semena-mena Mukhriz pula bersuara
" Apehal pulak nak merajuk dengan saya" Mukhriz menjeling Fatihah sedikit. Kak Leha melihat aku sambil tersengih perli menanti jawapan. Aku buat-buat muka pelik dengan perasaan sengal di kepala. Ah lantaklah korang, yang penting aku blah dari sini.

*         *           *

Fatihah memerhatikan kawasan Vista Angkasa dari atas balkoni apartmentnya itu. Sudah dua hari dia berkeadaan begitu, memikirkan betapa bodohnya diri menyerahkan cinta kepada lelaki si hidung belang. Perasaannya kini pula teringat akan Arwah. Sudah lama dia tidak menyedekahkan Al-fatihah kepada Arwah. Lama dia bertafakur...mengingati kembali detik-detik indah dia bersama Arwah...Imran. Tiba -tiba dihujung bibir tersebut namanya...airmata kembali menitis...sayu disapa hembusan angin petang itu. Hatinya terlalu sebab memikirkan kebodohan dan kedegilannya terhadap keluarga demi mengejar cinta yang tak pasti....Imran...kalini bergetar nama itu disebut. Dia menyeka air mata apabila tersedar satu mesej masuk di peti simpanan talifonnya.

" besok start keje pukul 8 masuk..ONTIME"...hati Fatihah lega.
"fuh lega...setidak-tidaknya aku boleh lupakan dia...bina hidup baru

DOA SITI FATIHAH BAB 1

DOA SITI FATIHAH BAB 2

Gemersik Alunan Cinta

BAB 2


sumber:google
 Kuala Lumpur:BANGLO MEWAH BANGSAR
Alia melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik Rasyidah. Dia sunguh terpesona dengan reka bentuk yang disusun rapi ala Inggeris.Tetapi dia lagi terkejut dengan kemewahan dimiliki oleh Rasyidah
     “ Puan udah pulang…aduh minta maaf puan saya di dapur menyiapkan makanan tengahari.” Ternyata kelakuan orang gaji tersebut amat menjengkelkan di mata Alia. Bibik tua itu kelihatan amat mencurigakan…seperti takut akan dimarahi oleh rasyidah. Bibik tua itu hanya tunduk membatu memandang kakinya di lantai. Mungkin Rasyidah selalu bersikap tegas kepada orang gaji ini. Teka hatinya lagi.
      “ Sudah ! angkat beg-beg semua ni, lepas tu tunjuk bilik dekat Puan baru awak ni” Rasyidah bersuara kasar. Puan! Hu..hu..tak sangka aku jadi ‘Mem’ kat banglo ni. 
Hurmmm....seronok jugak hidup dibandar ni...goyang kaki le aku dapat kakak kaye macamnih..hihihi. Alia menghempaskan tubuh nya di atas katil empuk di bilik atas sambil tersenyum sorang sorang.

*      *       *


Sudah seminggu Alia meninggalkan kampong halamanya yang damai itu. Dan sudah hampir seminggu jugalah Alia tidak melihat langsung batang hidung Rasyidah. Kemana perginya Rasyidah. Perkara itu menjengkelkan dan menghairankan Alia. Janji dia padanya untuk mendapatkan pekerjaan. Tetapi sudah seminggu lamanya. Alia sudah mula rasa cemas dan tidak selesa dengan situasi itu. Lagi menakutkan apabila di hadapan pintu masuk pagar banglo, terdapat beberapa orang yang sedang mengawasi rumah besar yang macam ala ala misteri, berpakaian gelap siap berkaca mata hitam. Alia bangun lalu duduk di birai katil. Dia mengeluh panjang. Dia bangun sekali lagi dan menuju ke jendela. Menyelak sedikit langsir putih. Alia berkerut lagi. Pandangan matanya tertumpu kepada dua susuk tubuh yang mundar mandir berjaket hitam. Tak mungkin pengawal keselamatan. Macam perisik FBI je. Takkan perisik FBI boleh sesat dekat sini. Eh! Tak…tak..tak..kalau pengawal keselamatan, uniform dia lain. Ini macam orang kongsi gelap je…Ya!...Samseng. Eh! Tak kan  Kak Syidah terlibat dalam jenayah. Alia menampar-nampar pipinya. Sakit! Hish!..apa sedang berlaku ni.
            Dia bergegas turun menuruni anak tangga yang sarat dengan ukiran bunga. Matanya meliar mencari seseorang
            “Bibik!...Bibik!”
Alia  memanggil Bibik di ruangan dapur. Kemudian dilihatnya tubuh Bibik muncul di hadapannya dengan basah kuyup di lengan baju.
            “ Ya Puan!...di sini…sedang cuci Puan". Bibik mengelap-ngelap tangannya yang basah. Wanita itu menghampirinya. Alia menguntumkan senyuman ke arah Bibik yang masih lagi tercungap-cungap menahan penat
            “ Ya…Puan, mahu apa”
            “Bibik sibuk ke?”
            “ eh!...enggak Puan…kenapa ya”
            “ mari kita duduk kejap di sini, Bibik tinggalkanlah dulu kerja di dapur”
ajak Alia sambil menarik lengan Bibik duduk di meja makan dapur. Bibik menuruti sahaja..takut-takut kalau dimarahinya pula.
            “ berapa lama Bibik kerja dekat sini” soal Alia sambil memaniskan muka.
            “ lebih kurang 2 tahun Puan”jawab Bibik pula. Kali ini wajah Alia di dekatkan sedikit dengan wajah bulat Bibik.
            “ saya nak tahu satu perkara…Bibik kena jawab dengan jujur” soal Alia separuh berbisik. Digenggaminya jari jemari wanita tua itu. Bibik  terkejut dengan soalan yang terkeluar dari mulut Alia. Apa pula yang ingin di tanya oleh Puan lagi sorang ni. Bibik  tunduk keresahan.
            "mana puan Rasyidah..dah seminggu lebih saya tak jumpa dia.” Soal Alia.
            “saya enggak tahu Puan…SUMPAH. Jika Puan Rasyidah mahu keluar dia enggak bilang sama saya. Lagi satu ini bukannya rumah Puan Rasyidah, Puan tinggal sama dengan Tuan David di tempat lain Puan.”
Alia tergamam mendengar jawapan daripada mulut Bibik. Jujur betul Bibik sorang ni...ringkas je aku tanya, berlebar lebar dia menjawab..heheh. Apa maksud Kak Syidah tidak tinggal disini…siapa pula Tuan David. Ya ALLAH..hambaMu ini bingung…
            “ siapa Tuan David! Apa hubungannya dengan kakak saya”
Alia bertanya lagi, kali ini suaranya separuh tinggi. Bibik yang mengesyaki perubahan wajah Alia tunduk kaku takut-takut dilempangnya pula.
            “ maaf puan…saya dilarang membocorkan rahsia”
Bibik  menjawab dengan ketakutan sambil tunduk mambatu. Alia mengerutkan mukanya.
            “ Bibik…jangan macam tu, Bibik kena bagi tahu pada saya, Puan Rasyidah tu kakak saya…saya risaukan keadaanya…siapa David tu…apa hubungannya dengan kakak saya”
Alia mengoncang-goncang bahu Bibik yang sedang tunduk. Degil juga orang tua ni.
            “maaf Puan…saya udah janji”
            “ Bibik…Bibik tak kesian dekat saya ke…tolonglah bik” Alia merayu-rayu sambil mengoncang-goncang bahu Bibik Tina.
            “ maaf Puan saya enggak bisa” jawab Bibik  sambil meleraikan pautan tangan Alia di bahunya. Dia bingkas bangun tanpa memandang sedikit pun ke wajah Alia. Alia agak hampa dengan kedegilan Bibik Tina. Dia harus mencari jalan untuk mencari rahsia Rasyidah. Bibik Tina sudah tidak kelihatan lagi. Dia hampa. Alia bangun menuju ke arah ruang tamu. Dia menekan-nekan butang remote control. Dia cuba untuk memberi perhatian kepada rancangan tv seperti selalu, namun kepalanya pusing memikirkan hal Rasyidah. Alia mematikan tv. Dia membelek-belek majalah URTV dan COSMOPOLITAN yang tersusun rapi di bawah meja berkaca itu. Gambar-gambar artis yang terpampang di setiap helaian muka surat tidak juga dapat mengali pandanganya. Dia menarik nafas dalam-dalam sambil menutup mata. Hatinya masih lagi tidak keruan.




            Alia berteleku di atas sejadah. Dia menadah tangan meminta ampun daripadaNya. Hati dan perasaannya sebak teringatkan Rasyidah. Kemana perginya Rasyidah. Alia menanggalkan telekung sembahyang yang masih terlekat di kepalanya. Lalu dilipat-lipat dengan kemas dan digantung di kepala katil. Subuh pada hari itu sungguh sejuk, rintik-rintik hujan yang bergerimis hinggap di kaca jendela. Hatinya masih lagi kehairanan. Melihat gelagat dua orang pengawal yang mundar mandir di sekitar pintu masuk rumah banglo besar itu. Tengah Alia asyik melihat pengawal itu di jendela, tiba-tiba matanya tertancap pada salah seorang pengawal itu yang sedang melihat gerak geri Alia di jendela. Alia terkejut lalu sepantas kilat dia menarik semula langsir di hadapannya. Alia mundar mandir di dalam bilik. Dia mengenggam kedua belah tangan. Dia cemas....dia mesti mengetahui rahsia ini.
             Alia memandang jam dinding. Sudah pukul 7 pagi. Di luar masih gelap kerana kawasan rumah ini dilindungi dengan pokok-pokok tebal seperti hutan kecil. Jenuh sudah Alia memikirkan idea supaya dia dapat mengorek rahsia dari Bibik . Tetapi orang tua itu degil. Macam ada ‘something’. Degil!degil! Alia merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk. Dia mengeluh. Terasa sunyi sekali tinggal di dalam banglo ini. Kalau di kampong Paya Tebrau, pepagi ni dia sudah menjenguk puyu dan sepat di kolam
            “ macamana aku nak keluar dari rumah ini.” Getus hati Alia sambil memandang ke atas syiling rumah. Semenjak dia tinggal di rumah itu, hatinya tidak keruan, pelbagai persoalan yang timbul. Dan hatinya juga terusik mengenangkan rumah di kampong. Terasa ingin keluar daripada sangkar burung emas ini. Semenjak tinggal di Bandar, tempat paling jauh yang dia pernah pergi adalh taman di hujung dapur. Itupun dalam keadaan tidak selesa kerana sering diperhatikan oleh pengawal itu.
            “ Ya ALLAH!...bosan sungguh”. Dia mengeluh lagi. Kemudian fikirannya kembali berputar ligat.  “ apa kata kalau aku…..YES!” Alia bangun lalu menyarungkan seluar track-suit ke tubuh. Dia menutupi kepalanya dengan selendang putih.
            Kemudian di menuruni anak tangga yang sarat dengan bunga-bungaan emas yang merayap. Dia menuju kea rah dapur mencari-cari kelibat Bibik . Dia harus cepat takut-takut Bibik  sudah pergi ke Pasar. Dia tersenyum kegembiraan apabila nampak kelibat Bibik tua itu. Dia mencuit bahu Bibik yang dari tadi tidak menyedari kedatangannya. Dia ketawa kecil apabila berjaya membuat Bibik melatah. Nakal sungguh. Bibik  yang dari tadi sibuk menulis senarai barangan yang mahu dibelinya melompat terkejut. Habis pen di tangannya tercampak entah kemana.
            “ aduh Puan….gugur jantung saya Puan”. Ujar Bibik sambil mengurut-urut dadanya yang masih berombak kencang. Alia ketawa kecil.
            “ sorry Bibik…saya tak tahu pula Bibik melatah”.
Mahu sahaja Bibik  membaham gadis dihadapannya ini kerana telah mengejutkanya. Namun kerana rasa hormat pada majikan dia membatalkan sahaj niat dia. Apatah lagi melihat senyuman Alia yang manis itu. Aduh!manisnya.
            “ hari ini…saya nak ikut Bibik pergi pasar…Bibik jangan nak bantah-bantah tau.” Alia menarik tangan Bibik . Dia terkejut dengan gelagat Puan nya.
            “ aduh!..Puan. mana bisa. Puan tinggal aja di rumah. Di pasar itu busuk…bau hanyir..” jelas Bibik  sambil menekup hidungnya tanda busuk.
            “ Alah!...tak pe…” Alia menarik tangan Bibik  lalu membawanya keluar melaui pintu dapur. Bibik  hanya mampu terpinga-pinga melihat gelagat Alia. Hati Alia sungguh riang laksana rama-rama terbang di pagi hari. Setidak-tidaknya, dapat juga dia keluar untuk mengubat ke bosanan di hatinya.
            Namun…jauh di hadapa kelihatan 2 orang pengawal berpakaian jaket hujan sudah memerhatikan kehadiran Alia dan Bibik . Entah mengapa hati Alia dirundung debaran yang teramat sangat. Namun dia kuat kan hati. Dia berjalan menuju ke pintu pagar. Itulah kali pertama  Alia menatap wajah pengawal-pengawal yang bermuka bengis dan bertubuh sasa. Alia gerun sedikit. Dia cuba untuk mengawal perasaannya, tetapi hakikat dirinya menggigil seluruh badan. Bibik  hanya berjalan selamba ke arah mereka. Semakin lama semakin hampir.
            “ nanti dulu! Awak tidak dibenarkan keluar!” Alia kaget apabila kata-kata kasar keluar dari salah seorang pengawal itu. Tiba-tiba Bibik yang terkejut dengan keadaan itu di suruh keluar dahulu meninggalkan Alia bersama-sama pengawal tadi. Bibik  mengintai dari luar pagar. Alia mencebik mukanya tanda marah. Tetapi bukan wajah garang yang keluar namun wajah comel yang keluar mengelihatikan para pengawal itu.
            “ tak kan nak pergi pasar tak boleh” Alia menyuarakan hasratnya dengan nada tinggi sedikit.
            “ encik! Kasi aja Puan ini ikut saya…sebentar aja” Bibik mencelah di luar pagar.
            “ awak diam!...pergi sana!” jawab seorang lagi pengawal yang agak rendah sedikit. Bibik  terkebil-kebil akibat di herdik dan berginjak sedikit dari pintu pagar. Alia tergamam apabila melihat Bibik  di marahi oleh pengawal yang lagi satu. Ye lah..walaupun dia orang gaji tidak seharusnya dia dimarahi sebegitu rupa.
            “ hei!...awak jangan kurang ajar dengan orang tua. Mak bapak awak tak ajar cara nak hormat dekat orang ka hah!”. Marah Alia sambil menjeling  kea rah pengawal yang berada di hadapannya.
            “ awak diam!...sekarang pergi masuk dalam”. Marah pengawal itu sambil mengarahkan Alia masuk semula ke dalam rumah.
            “ kalau saya tak nak!..” Suara Alia agak tinggi tanda protes di hati.
            “ saya angkat awak masuk dalam. Mana awak nak”
            “ awak tak boleh nak paksa saya”
Alia bercekak pinggang dan menjeling ke arah pengawal yang berada di hadapannya. Pengawal lelaki itu mengangkat kening dan menoleh kea rah pengawal lagi satu. Mereka mengangguk seperti mengiakan sesuatu.
            “ hei!...sekarang saya nak keluar…KETEPI!” Alia menolak tubuh sasa pengawal itu. Berat sungguh untuk di tolak. Kekuatan Alia tidak dapat menandingi kekuatannya. Alia sakit apabila tangannya di cengkam kuat. Alia panic di perlakukan kasar.
            “ lepaslah….lepaskan tangan saya”
Berkali-kali Alia meminta dia dilepaskan. Tetapi lain pula yang jadi. Tubuhnya diangkat ke bahu pengawal itu. Alia menjerit sambil menumbuk-numbuk belakang pengawal itu.
            “ turunkan saya…turunkan saya lahhhhhh…..” Alia menjerit sekuat hati. Bibik Tina di arahkan pergi dari situ. Kelam kelibut langkah Bibik Tina berlari menuju ke Pasar di Pinggir Bandar.
            Tubuh Alia di hempaskan Ke atas tilam empuk di dalam biliknya. Alia ketakutan dan cemas. Dia menelan air liur. Sambil mengurut-urut pergelangan tanganya yang sakit. Dia bangun lalu menumbuk-numbuk  dada pengawal itu. Alia di tolak kembali ke rah tilam. Alia kesakitan di perlakukan sebegitu.
            “ awak degil!...kalau ikutkan hati saya. Dah lama saya lempang awak sampai pengsan. Kemudian saya ratah tubuh awak ni hidup-hidup. Tapi awak ni membawa keuntungan pada bos saya. Sebab itu saya matikan saja nafsu saya ni pada awak. FAHAM!”
Gulp! Alia menelan air liurnya. Tergamam dan terbeliak mata Alia mendengar kata-kata pengawal itu.
            “ Hah!...apa mm…ma..maksud awak” Alia terketar-ketar menjerit kea rah pengawal yang sedang keluar. Kemudian pintu bilik di tutp rapat-rapat dan gegendang telinga Alia dapat menangkap bunyi pintu di kunci. Alia berlari menuju ke pintu yang sudah di tutup rapat.
“ Hei!...buka pintu ni…BUKAAAAAAK” Alia menjerit geram kerana dia baru sahaja di kurung di dalam bilik bisu ini. Alia menumbuk-numbuk daun pintu. Dia Cemas! Dia cuba menekup telinga nya di daun pintu. Terdengar tapak kaki yang menuruni anak tangga makin lama makin hilang. Alia menjerit-jerit sekali lagi sambil tangannya memulas-mulas tombol pintu. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Alia tersandar di pintu. Dia berteleku dengan memaut kedua-dua belah kakinya. Air mata mengalir lesu. Berkali-kali dia menyeka air matanya yang jatuh berguguran.
            Dalam kekalutan itu dia terpandang sebuah telefon rumah di letakkan disudut katil. Dia mencapai gagang talifon lalu cuba untuk mendail 999. Aduh! wayar talifon sudah dipotong. Malang sungguh keadaan Alia ketika itu. Dia bingung dengan keadaannya. Dia juga bingung dengan kata-kata pengawal tadi.
            Tiba-tiba dia terpandang tombol pintu. Dia menghampiri pintu dan matanya tajam memerhatikan tombol itu. Akhirnya dia tersenyum kerana berjaya mendapatkan idea untuk melarikan diri dari rumah banglo yang menakutkan ini.

GEMERSIK ALUNAN CINTA BAB 1 

Gemersik Alunan Cinta

Bab 1

sumber:google
Kuala Lumpur:PUDURAYA
Aku hampir tidak percaya kaki kecilku sekarang memijak lantai Pudu Raya, adakah perbuatan aku ini tergolong dalam jenis anak derhaka? atau aku ini seorang anak angkat yang tidak mengenang diuntung? atau aku ini tepat dengan pilihanku? atau...atau...arghhh..pening!!!
Alia terduduk di bangku platform no 9..memeluk erat beg galas sambil merenung lantai disitu. Hatinya tidak keruan, dengusan angin yang keluar dari hidungnya membuatkan dadanya sedikit tertekan. Selang beberapa minit bahunya disentuh oleh seseorang. Alia berpaling  ke belakang. Wajahnya yang polos itu bertukar merah. dengan pantas dia ingin melarikan diri namun sempat dihalang oleh perempuan itu. Lengan Alia disentap kuat. Luruh jantungnya. Peluh menitis-nitis membasahi tudung bawalnya.
     “Alia…mari ikut kak Lin” perempuan itu menarik Alia mendekatinya. Alia meronta dilepaskan.dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Baginya, mati hidup semula dia taubat tidak mahu pulang ke kampung itu lagi.
     “Alia tak mau…nanti kak Lin hantar Alia balik ke kampong”
     “Eh..boleh tak kau diam..nanti polis datang...mari..mari ikut kakak” pujuk perempuan itu sambil matanya merayau rayau memandang keadaan sekeliling, takut ada polis yang datang menyibuk. Alia bersetuju mengikut kakak sepupunya itu.

Bermula lah episode aku tinggal bersama Kak Lin iaitu sepupu belah mak aku di Melaka. Kak Lin orang nya comel,bujang atau maksud lain,anak dara tua..hehehe. Dia memang tak berkira dengan aku, makan minum semua dia tanggung, tapi,satu perkara yang aku tak suka tentang kak lin, pekerjaan dia adalah GRO. Biarlah…kata Kak Lin pula, bukan senang nak hidup di Kuala Lumpur nih, pernah juga dia mengajak aku bekerja di kelab tempat dia bekerja, tapi…nantilah aku fikirkan..yang pasti TIDAK sama sekali aku bekerja disitu.
Asap berkepul kepul keluar dari kopi panas berhadapan aku. Termanggu seketika memikirkan masa depan. Ya Allah..Sudah la melarikan diri daripada kampong, bermalas malasan pula di rumah kak Lin nih…kata kak Lin, Mak dan Ayah pun tahu aku tinggal bersamanya sekarang…katanya lagi “diorang dah tak marah dah dekat ko Alia…sebab bukan salah ko..yang salahnya Kak Syidah ko”…sejuk sikit hatiku. Bila sebut pasal Kak Syidah, mak ai, meremang bulu roma aku, tetiba kepala otak aku ni merewang ke peristiwa sebulan lepas.
     "semua orang tak sayang Syidah, apa yang Syidah buat semuanya tak kena, anak pungut ini juga yang baik di mata ayah dan mak” tempikan suara nyaring mengecutkan jantung dan dadaku.
      "berani kau cakap macamtu pada adik kau” garang Suara Ayah  malam itu. Mak sudah mengalirkan air matanya, Mak memang begitu, jiwa jiwa sikit orangnya, sedih dan gembira sama jer, mesti menangis, mak..rindunyer Alia dekat Mak. Aku pula terduduk kaku di tiang utama rumah kelesuan kerana baru sahaja dipukul bertubi-tubi diperut oleh Rasyidah. Masa tu aku baru menjamah sarapan pagi cokodok pisang kegemaran ku..nasib baik tak terkeluar balik cokodok tadi. Kalau tak sia sia nikmat Allah.
     "Syidah tak kira…dia bukan adik Syidah…Syidah tak nak kahwin dengan Omar,…kenapa tak suruh Alia saja yang kahwin dengan Omar” Jerit Rasyidah protes. Pak Rustam menyinga disisi Mak Siah. Makin kuat tangisan Mak Siah kedengaran di hujung anjung rumah papan di tepi sawah itu.
     "kau juga kata nak hidup senang, ayah dah carikan kau kebahagiaan…apa lagi yang kau nak hah!” tegas tutur kata Ayahku bekas tentera itu.
     "itu dulu…sebelum Syidah jumpa Kahar”jawab Rasyidah sambil membulatkan matanya ke arah Pak Rustam. Pak Rustam semakin marah dan dia ingin sahaja menampar pipi gebu milik anaknya yang kurang ajar itu. tetapi sempat dihalang oleh Mak Siah.
     "asyik-asyik Kahar, asyik-asyik Kahar” Ayah menumbuk dinding papan. Bergegar satu rumah, Rasyidah tetap dengan lagak selambanya. “dah terlambat Syidah…kau juga dulu terhegeh-hegeh nak kan si Omar tu…Kahar bukan orang baik-baik Syidah…buka mata kau sikit” Tutur Pak Rustam menjadi lemah kerana kesalnya terhadap anak kandungnya itu.
     "sampai hati mak dan ayah buat Syidah macamni…sampai hati!”
Rasyidah terus berkurung di dalam bilik tanpa makan atau minum. Cuma ada seketika aku ternampak Kahar menyuakan makanan dan minuman di tingkap bilik kami. Aku pula tidak dibenarkan tidur disitu, tidur di ruang tamu kerana Rasyidah dihukum berkurung dalam bilik. Degil bukan kepalang. Selang beberapa hari Rasyidah keluar memohon maaf kerana kelakuannya, tetapi dia masih tidak menyapa aku. Tak mengapalah…asalkan Mak dan Ayah bahagia..yang aku pula secara rasminya dah tahu bahawa aku adalah anak angkat mereka berdua…nasib.


sumber: penulis
Hari pernikahan Rasyidah tiba juga akhirnya. Rombongan dari pihak lelaki kunjung tiba, aku pula yang seronok macam nak bernikah. heheh. 
Aku melihat Mak dan Ayah tersenyum kegembiraan.  Kata Tok Kadi dia mahu berjumpa dengan bakal pengantin perempuan kerana mahu bertanya setuju atau tidak pernikahan ini diteruskan. Langsir putih diselak, kelihatan sepucuk surat tidak bersampul terletak elok di atas bantal. Mak terduduk di tepi katil, mengalirkan air matanya skali lagi.Rasyidah sudah meninggalkan kami terkapai-kapai. Dia pergi melarikan diri bersama Kahar, tiada seorang pun yang perasan. Rasyidah tekad melarikan diri bersama pemuda yang tidak tahu asal usulnya yang tinggal di seberang kampung Paya Tebrau. Aku pula disebut sebut oleh Mak cik Rogayah supayamenjadi pengganti Rasyidah apabila dia hilang sewaktu majlis akad nikahnya. Kuang ajor punyer mak cik rogayah..aku pule jadi mangsa keadaan ni. Mati kutu dan malu Ayah untuk bersemuka dengan keluarga pengantin yang sudah siap bersedia bertandang bersama-sama Tok Kadi. Nasib baik akal Mak panjang, bakal pengantin dan rombongan sebelah pihak lelaki dapat ditenteramkan oleh Mak dan Mak Andam Leha. Kata putus diambil supaya aku menjadi galang ganti. Bukan main terkejut tahap Tsunami aku masa tu…kenapa aku..kenapaaa!!!!!!!
Malam sebelum aku akan dinikahkan…peluh menitik nitik keluar dari badanku…Akal  aku pula asyik cakap “aku mesri lari dari sini…mentang mentang aku anak angkat…aku pula yang kena tanggung semuanya...ya Alia...ko kena lari...lari...lariiii!!!!"Pakaian dan kelengkapan diri telah aku siapkan, nasib baik duit dalam bank ada sedikit…tanpa melengahkan masa…aku pula jadi macam peserta amazing race malam tu. melarikan diri daripada kahwin paksa, bila difikir kembali kelakar pun ada heheheh, aku daripada seorang penakut, bukan main berani malam tu, entah apa jenis Jin Jembalang yang aku terserempak aku buat derk jer..asalkan aku sampai di stesen Bas Taiping untuk ke Ipoh…hai…nasib aku menjadi anak angkat. Lamunan Alia terhenti apabila kedengaran pintu diketuk bertalu talu. Siapa pula yang mengganggu aku pagi pagi hari nih…Alia menyelak sedikit langsir di jendela…tiba-tiba hatinya bergelojak kencang…takdir apakah ini. 


Alia membawa 2 gelas air berisi kopi panas menuju ke ruang tamu. Hatinya berdegup kencang memikirkan makhluk berambut perang dihadapannya.
     “macam mana kakSyidah tahu Alia disini” Rasyidah yang berambut perang dan bermekap tebal, menghirup sedikit air kopi yang dibawa oleh adiknya itu. Dengan lagak berwajah manis dia tersenyum ke arah Alia yang dari tadi bergundah gulana.
     “Kak Syidah tahu dari Kak Lin..dia dah cerita semuanya..” senyum Rasyidah
     “maksud kakSyidah sekarang ni..akak nak bawa Alia balik..? soal Alia pula dengan penuh curiga
     “ Tak!...tapi akak nak tolong Alia…” senyum Rasyidah lagi yang penuh bermakna
     “Tolong!” tiba tiba saje dia nak tolong aku nih...apehal kakak aku nih..buang tebiat ke aper?
     “iye…akak tahu walaupun kita bukan saudara kandung..walaupun kakSyidah dah banyak menyakiti Alia…tapi sekarang akak dah berubah Alia…Kak Syidah bukan macam dulu lagi” pujuk rasyidah sambil memegang tangan Alia.
Aku termenung seketika…dan kak Syidah masih lagi berkata kata, aku pula tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh KakSyidah, mungkin betul juga, semua orang boleh berubah, mungkin kak Syidah dah matang dari segi usia dan perilakunya, apa salahnya aku mencuba.
     “…jadi sekarang ni akak nak bawa Alia tinggal dengan akak…” Rasyidah menyudahkan kata katanya yang dari tadi..Alia sedikit pun tidak memberi tumpuan. Rasyidah tersenyum lebar menampakkan gigi putihya itu.
     “HAH!!...
     “iyer…ish tak sangka adik akak ni bengapnya tak sudah sudah…dah sampai kl pun masih bengap lagi" marah Rasyidah dengan kelakuan adiknya itu. Tetapi dia harus bersabar, kerana kesabarnnya bakal membuahkan hasil yang cukup lumayan
     “aduh!...bengap kak..”
     “iyer..bengap..Hahahaha…”
Kedengaran riuh rendah didalam rumah teres di saujana impian itu…Alia merasa bahagia kerana tak selamanya dia bermusuhan dengan Rasyidah…baginya inilah Rahmat Allah kepada hambanya yang benar benar bertawakal kepada yang SATU…insyaAllah

GEMERSIK ALUNAN CINTA BAB 2 

Sunday 29 January 2012

Tudung Bawal Pilihan saya

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan selamat pagi bloggers dan readers.....
Isnin memang terasa malas untuk pergi kerja kan..nasib baik kite awal awal dah iron baju siap-siap untuk 2 minggu punya, Oh. nampak gayanya saya akan berholiday minggu ni...jom apply cuti awal awal start RABU, KHAMIS, JUMAAT hingga ke ISNIN dan SELASA...nikmat Allah kurniakan....okey, taknak membebel panjang-panjang. Tajuk entry pada kalini bukan mengenai kampung yang indah dan permai dan bukan mengenai cerita(novel) yang baru dikarang, tetapi kalini, kite terpanggil untuk berbicara tentang topik hangat dikala ini(wah pengacara wanita harini pulak kan...) iaitu tudung bawal..kenape yer??...sebab bagi saya ia flexsibel

Dimulakan dengan cerita pengalaman di waktu kecil
Semenjak aku kecil lagi tak pernah keluarga aku memaksa kami iaitu aku dan kakak memakai tudung dikala itu. Kami bebas bergerak ke sana sini, ibuku pula menggayakan kami secomel yang mungkin dengan mengikat rambut ponytail satu atau dua, tak kurang gaya...mendandan kami kalau di tengok dari belakang macam ada tenggiling menepek di atas kepala kami, kadang-kadang mengenakan cekak polkadot, strip dan juga cekat wire(buatan mak), Mak juga suka sangat meng kerintingkan rambut kami dengan ubat cina(boleh dibeli di saloon cina pekan kami)..cara-caranya, agak bahaya sikit, tragis..mak akan memanaskan satu dawai yang kecil, sekecil batang penyapu lidi, kemudian akan memintalkan rambut kami di atas dawai panas itu..magic kan..tak terbakar pon rambut kami, hahaha(don try this at home). Setelah itu, barulah rambut kami nampak curly macam anak patung barbie doll..comell sangat waktu itu. Kemudian mak akan menyapu sedikit ubat cina yang busuk di atas rambut kami yang curly itu....Wah...kami pun bersiap menuju ke pekan dengan juntaian juntaian rambut curly yang amat comel dan pasti akan mencubit pipi cubby kami yang comel ini.. see..senang kan tak payah nak susah susah iron tudung pastu nak kelepek bagai..hembus hembus keatas kasi tegak sikit tudung itu...itu cerita masa kecil, mana tahu dosa pahala...ok next

Cerita masa aku Sekolah Menengah pulak
Standard pergi sekolah kena pakai tudung..dan trend tudung aku waktu itu, ala-ala minah baiknyer, lepas bahu dan tak labuh dan juga lepas sikit dada.

comel tak kite...time sekolah dulu


Dan kalau aku rajin sikit, letak la kertas manila atau plastik(cover buku folio) untuk tegakkan muncung tudung supaya tak kelepek..see dari zaman dulu lagi dah ade benda-benda AWNING nih...cetusan dari kad manila taw..ok. tu kalau pergi sekolah..kalau waktu petang Kokurikulum pulak..lain pulak gayanyer..Tudung empat segi bercorak akan aku lipat menjadi tiga segi lalu memakainya secomel mungkin. Hujung kedua-dua tudung di depan akan aku lipat naik ke bahu untuk menampakkan simple..yelah..time tu kan kokurikulum, mane nak lari marathon nyer, lompat tinggi nyer, main netball nyer, bola tampar la, bola baling lah..main bola sepak lah..huhu, so senang la sikit nak bergerak, atau nak lagi simple nyer aku just ikat terus..atau jerut terus leher aku ni dengan tudung tu..erk..tragiskan..

jerut je mana sempat..asalkan boleh main kokurikulum
Stail la sangat kan pic macam atas ni...ade lagi stail...kalau nak pergi jalan jalan ker, paling famous pakai tudung siap jerut kat depan, macam ala-ala pakai tali leher plak..ataupun macam pengakapnyer skarft..huhuhu. Benda alah untuk menjerut tu ade dijual di pekan-pekan, waktu itu tersangat famous, bentuknyer macam cincin bersaiz dua jari dan boleh tarik-tarik, ada pelbagai bentuk, rupa dan warna mengikut warna tudung anda, dan pada waktu itu pilihan kami adik beradik adalah yang ada pearl putih bentuk bunga-bunga. Ramai juga kawan-kawan aku pada waktu itu just menggunakan cincin pemberian boifren mereka(niat untuk berlagak). Kalau ditanya" e..eh..cantiknyer besi jerut itu" lalu dengan bangganya dia pun menjawab " ha ah...ni cincin, pakwe I kasi...silver taw"  dalam hati berbisik ade aku kesah.


Zaman UNIVERSITI....
Seingat aku...time tu baru nak meletop tudung bawal, macam-macam kod tudung bawal ni, tudung bawal 1. 2,3 sampai la ke 100, dan aku pada waktu itu belajar Kolej hanya mampu memakai tudung bawal yang dijual di pasar malam...puas hati. Still sama etika pemakaian tudung bawal itu, sama macam zaman sekolah, cuma waktu itu popular dengan trend tudung Wardina dan Wahidah, pernah jugak aku mencuba, tapi..entahlah..macam tak kena gaya jer...Oleh kerana waktu itu zaman muda belia, aku pula mengambil kursus Art & design, ngam dengan jiwa aku...stail macamnilah aku pakai

lalu depan pak guard..komfirm x kena saman beb..

kenapa ye aku pakai stail selempang kebelakang macamni...erm, sebab ianya mudah untuk buat assignment, yela time tu kena panjat gunung, panjang bukit, panjang bukit, lalu tepi sawah, tepi pantai, tepi lorong(komfirm maknyah cabut lari), kena uli tanah liat wat sculpture, kena datang studio buat assignment..fuh(korang ingat budak AD ni rileks????...no...) but inilah life aku. Pendek cerita, aku bukan dilahirkan dikalangan keluarga Imam dan Ustazah, bukan dilahirkan di masjid, dan bukan cerdik agama sangat..tapi inilah aku diwaktu itu..simple dan easy.

Waktu Kerja Pulak(sekarang)
Masa ini adalah waktu aku boleh menghabiskan duit gaji untuk membeli tudung yang berjenama, walaupun tudung bawal terlalu dekat dihati, namun dek kerana nafsu untuk mengikut trend zaman sekarang, aku gagahkan juga kaki aku ni melihat-lihat trend tudung di sekitar masjid india, tak pun just search je kat website, taip jer..tudung itu tudung ini. Aku terkesan dengan pelbagai corak dan trend diantaranya ialah, Trend tudung ekin(yang ada Awning tebal kat depan), Tudung Hana Tajima(shawl satin or whatever yang loose just letak je atas kepala kendian pin, pin and pin) Tudung Shawl atau Pashmina dan akhir sekali, aku teruja kerana seorang Datin iaitu Datin Norjuma Habib telah membuat stail tudung Bawal..wow...just nice

ok..dekat bawah ni aku nak kongsi link untuk bloggers dan readers website tudung yang aku rasakan cantik



aku suka tudung ni, simple
dan mengingatkan
aku waktu zaman kolej dulu
boleh pergi ke website
WONDER BUTIK




aku kagum dengan Datin NorJuma.
Dia boleh hidup dengan Tudung Bawal, terbukti..dia yang membuat trend..dan bukan trend yang membuatnya(ape ayat aku nih)
AIDIJUMA





yang ni pun aku kagum gak..umur belum cecah 30 dah ader bisness, tudung dia cantik cantik dan yang paling aku suke tudung ala ala veil yang bnyak manik dekat kepala tu
RADIUSITE




Jenis tudung pashmina ni sudah tak mampu untuk aku gayakan sebab aku sedikit cubby. cantik kan?
LITTLEILSYA




Ok. secara kesimpulannya, aku ni bukanlah alim atau banyak ilmu agama di dada untuk bercerita pasal tudung, namun kekadang aku terpanggil untuk menutup hijab seadanya. Kadang-kadang juga, ikut mood(boleh ke tutup hijab ikut mood) untuk aku menutup keseluruhan aurat ku, tetapi yang paling penting aku tahu batas-batas ku seorang muslimah dan isteri yang tercantik di mata suami dan keluarga. Sekarang niatku punya satu iaitu memakai tudung untuk menyembunyikan aurat(walaupun aku bukan wanita sempurna) supaya aku bukan tergolong dalam wanita yang mengikut trend : BUKAN AKU di trendkan TETAPI aku mengTRENDkan sesuatu itu.

Wednesday 25 January 2012

Doa Siti Fatihah Bab 2

Kedinginan angin aircond waktu pagi itu membuatkan Fatihah terlena di meja kerjanya. Harini dia diberitahu bahawa seorang pekerja baru aku memulakan tugas sebagai Technition di Syarikat itu.
Ting!!..pintu pejabat terbuka dan tindakan refleks mata Fatihah membulat daripada lenanya. Di sudut meja kelihatan Mukhriz tersenyum kelat ke arah Fatihah.
Hai..dah masuk kerje dah mamat ni...ingatkan nak cuti sebulan... Fatihah kembali mengadap Imac dihadapan, mencari-cari lagu kegemaranya...Bruno Mars di klik...terpamer gambar kacak penyanyi itu dan terus mengalunkan irama i'm yours sambil Fatihah memulakan kerjanya. Dia cuba untuk menahan diri daripada terpandang wajah Mukhriz takut takut digoda semula oleh lelaki hidung belang itu.
....Buzzzzzz......Buzzzzz.....
alamak...dia fire pulak, nak ape mamat nih
.....whats??......
...Mukh nak jumpa Fati balik keje ni, balik ngan Mukh yer  : )...
...xpayah la Mukh, antara kita dah xder ape ape ikatan kan, so Fati tak nak memulakan balik, Fati selesa sekarang...
....tapi Mukh sayang Fati.....
....sudah la, ckuplah apa yang Mukh katakan pada Fati, Fati dah maafkan ape saje yang Mukh mesej pada Fati, lagi pun, buat ape nak couple ngan fati lagi, Fati ni kan 'MELALAIKAN' Mukh selama ni, Fati sedar, menjadi orang kedua adalah sesuatu benda yang salah yang pernah fati buat selama ni....
.....FATI!!!..dah la, Mukh nak jumpa Fati, Mukh nak minta maaf....
....kan Fati cakap, Fati dah maafkan Mukh....gudby...

Fatihah menyandarkan badannya di kerusi, tidak berganjak, cuma air mata jernih mengalir sepi di pipi, cepat cepat dia menyapu takut-taku ternampak orang sekeliling. Dia mencapai beg tangan lalu meluru masuk ke tandas di hujung pejabat. Kelihatan Kak Midah yang dari tadi memerhatikan Fatihah terkejut beruk sambil memandang Mukhriz yang dari tadi berlagak selamba seperti tidak ada apa yang berlaku.
Fatihah pilu, dia masih lagi teringat peristiwa malam semalam, niatnya cuma untuk bertanya khabar tentang isteri Mukhriz tetapi dirinya pula ditempelak oleh lelaki itu. Dia cuba mengingati detik itu pada malam hari semalam..

banyak kereta berlegar legar dikawasan kerinchi itu, tempat parking yang berhampiran dengan Apartment Vista Angkasa menjadi pilihan Fatihah dan Mukhriz untuk menyelesaikan hubungan mereka.
"tentu Mukh faham kan, kenapa Fati nak jumpa sangat dengan Mukh walaupun kak Syikin tengah dalam pantang...Fati bukan nak kacau Mukh, tapi...."
"ape hal fati nih...boleh tak cakap straight to the point...Mukh x der mase la" pintas Mukh dengan nada tinggi. Fatihah sedikit terkejut dengan perubahan wajah dan nada percakapan Mukhriz. Mana kata kata manis yang pernah diucap dulu, mana pula senyuman manis yang pernah dilemparkan oleh Mukhriz pada Fatihah dulu..mana MANA!!!!...Fatihah mencebik sedikit. Dalam dalam dia menarik nafas agar dirinya stabil sedikit.
"Fatihah nak tanya...macamna dengan hubungan kita, Fati tak nak Mukh main tarik tali dengan Fati, sekejap nak couple sekejap tak nak, Fati letih"
Mukh terdiam memandang tanah. Fatihah pula memandang Mukhriz dengan serius.
"jawab mukh..jawab!!!"
" Mukh dah buat silap dalam hidup Mukh" jawab Mukhriz dengan nada pilu. Fatihah terkejut. Ape?? silap besar, ape yang silap nya, silap memilih aku?
"maksud Mukh??"
"Mukh dah abaikan kaksyikin, baru ni Mukh sedar yang Mukh tak setia terhadap dia, Mukh menyesal" 
"Maksud Mukh...berkawan dengan Fati adalah satu kesalahan??"
" entahlah...Mukh pening...Mukh sangat menyesal. sekarang ni, ape yang Mukh tahu, Mukh nak jaga kak syikin baik baik sebab dah bnyak Mukh abaikan diri dia, Mukh rasa dirini lalai...sungguh lalai..Mukh rasa...rasa....
"Menyesal kawan ngan Fati, Fati ni melalaikan Mukh..begitu??" Mukhriz mengangguk sambil memandang tanah, takut dia melihat wajah merah Fatihah.
"Fati....Mukh minta..."
"xper...Fati faham...dalam hal ni Fati yang bersalah, senang cerita...mulai dari sekarang..lupakan Fati, Mukh boleh teruskan dengan keluarga Mukh...dan jangan cuba nak hampiri Fati balik..." ujar Fati dengan terketar ketar...air mata mengalir lagi...kalini air mata bahagia campur derita, bagi dirinya..itulah yang diharapkan olehnya, keinsafan dalam diri Mukhriz yang pernah dicintainya. Biarlah dirinya dipersalahkan, namun untuk menghancurkan rumah tangga orang lain tidak sama sekali. Mulai saat itulah, hati dan jiwa fatihah tenang kerana dirinya betul betul sudah putus dengan Mukhriz...tetapi kenapa degil pula si lelaki hidung belang ini. Malam tadi bukan main mengata aku bukan-bukan, sekarang nak minta couple dengan aku balik...PENING!!!!!

*    *    *

Fatihah menghempaskan badan kurusnya di atas toto, hidup membujang menjadi kebiasaan tidur beralaskan toto empuk dipinjam dari kakak iparnya itu. Berat mata memandang, sakit lagi kepala otaknya memikirkan perihal Mukhriz di minda.
Sampai bila nak macamni, penangan couple ngan laki orang memang ngeri...Arghhh...stress..boleh bawak mati kalau hari-hari macamni. Telefon ditangan ditutup. Fatihah mengalami stress yang amat sangat dan dia hanya mengambil panadol untuk melelapkan matanya. Bukan sekali ini dia mengambil panadol, bahkan dulu pernah dia mengambil ubat tidur kerana tertekan. Lupakan sahaja kisah lalu...tidur lagi baik. Dia melelapkan matanya rapat-rapat. Moga besok pagi ada sinar keceriaan di dalam hidupnya.

"Fatihah!!!..dengar cakap Mukh, Mukh sayang Fati" Mukhriz cuba untuk memeluk tubuh kurus Fatihah, Fatihah tergamam dengan kelakuan itu lalu menolak tubuh sasa Mukhriz ke belakang. Disangkanya panas hingga ke petang, namun hujan ditengahari, dia menyesal kerana mengikut Mukhriz untuk bersua muka. Kalau dia tahu tujuan Mukhriz untuk memujuk kembali kepangkuan dia balik, Sumpah!!! junjung Quran dia tolak sementah-mentahnya. Biarlah dia menjadi anak dara tua, namun untuk berkahwin dengan Mukhriz beranak 3 ni tidak sama sekali. TIDAK!!!!
"MUKHRIZ!!!!...mukh tak faham faham lagi ke hah!!!...Fati dah tak ader ape-ape perasaan pada Mukh!!" jerit Fatihah di tepi Highway menuju ke Nilai. Dengan serta-merta Fatihah terduduk di tepi longkang jalanraya sambil menangis menekup telinga. Mukhriz tidak menyangka gadis dihadapannya akan berkeadaan seperti itu. Gilakah? Mukhriz cuba untuk mendekati Fatihah..lalu memegang tangannya.
"Fatihah" tutur Mukhriz lembut. Perasaan sayu terbit dihati jantan Mukhriz. Fatihah masih lagi menangis. Laju sahaja air mata mengalir di pipinya.
"PERGI!!! aku tak mau tengok muka kau lagi...pergi!!!!!" Jeritan Fatihah itu membuatkan Mukhriz tersentak.
"Fatihah"......
"PERGI!!!!!.....PERGI!!!!!!" fatihah menekup wajahnya yang basah dengan air mata. Mukhriz berlalu pergi menuju ke kereta. Tanpa diduga, dia meninggalkan Fatihah seorang diri di tepi Jalan. Lama juga Fatihah berkeadaan begitu, tidak menghiraukan kereta yang lalu-lalang. Setelah agak lama menangis..Fatihah termenung di tepi jalan yang bergaung...memikirkan keadaanya tadi. Kalau ikutkan rasa...stress itu membuatkan dia hampir menjadi gila..namun didalam hati dia beristifar banyak-banyak. Syukur Alhamdulillah. Ya Allah ya Tuhanku, Ampuni segala dosaku, kalau ini yang Kau takdirkan untuk aku...Aku terima seadanya...Amin. Fatihah memandang kehijauan bukit bukau di tepi jalanraya menuju ke Nilai...Kehijauan itu membuatkan hati Fatihah kembali tenang....tiba-tiba
"Aduh!!!....alamak!!!!...macamanan aku nak balik ni...." Fatihah terkial-kial mencari no telefon Kak Norma kakak Sulungnya itu. Alamatnyer aku lepak dekat kajang ler..adeh

DOA SITI FATIHAH BAB 1

Wednesday 18 January 2012

Sawah yang macam kebanjiran

Assalamualaikum..

dah lama dah kite x share gamba gamba indah kampung kite..dan yang paling bestnyer..sabtu ni kite nak balik kampong, time tu pulak padi tengah potong..alamak, gatal gatal la badan ni..hurmmmm. oklah..kalini kite nak share pic yang begitu istimewa di hati kite...sila tengok bawah yek