Followers

Sunday 29 January 2012

Tudung Bawal Pilihan saya

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan selamat pagi bloggers dan readers.....
Isnin memang terasa malas untuk pergi kerja kan..nasib baik kite awal awal dah iron baju siap-siap untuk 2 minggu punya, Oh. nampak gayanya saya akan berholiday minggu ni...jom apply cuti awal awal start RABU, KHAMIS, JUMAAT hingga ke ISNIN dan SELASA...nikmat Allah kurniakan....okey, taknak membebel panjang-panjang. Tajuk entry pada kalini bukan mengenai kampung yang indah dan permai dan bukan mengenai cerita(novel) yang baru dikarang, tetapi kalini, kite terpanggil untuk berbicara tentang topik hangat dikala ini(wah pengacara wanita harini pulak kan...) iaitu tudung bawal..kenape yer??...sebab bagi saya ia flexsibel

Dimulakan dengan cerita pengalaman di waktu kecil
Semenjak aku kecil lagi tak pernah keluarga aku memaksa kami iaitu aku dan kakak memakai tudung dikala itu. Kami bebas bergerak ke sana sini, ibuku pula menggayakan kami secomel yang mungkin dengan mengikat rambut ponytail satu atau dua, tak kurang gaya...mendandan kami kalau di tengok dari belakang macam ada tenggiling menepek di atas kepala kami, kadang-kadang mengenakan cekak polkadot, strip dan juga cekat wire(buatan mak), Mak juga suka sangat meng kerintingkan rambut kami dengan ubat cina(boleh dibeli di saloon cina pekan kami)..cara-caranya, agak bahaya sikit, tragis..mak akan memanaskan satu dawai yang kecil, sekecil batang penyapu lidi, kemudian akan memintalkan rambut kami di atas dawai panas itu..magic kan..tak terbakar pon rambut kami, hahaha(don try this at home). Setelah itu, barulah rambut kami nampak curly macam anak patung barbie doll..comell sangat waktu itu. Kemudian mak akan menyapu sedikit ubat cina yang busuk di atas rambut kami yang curly itu....Wah...kami pun bersiap menuju ke pekan dengan juntaian juntaian rambut curly yang amat comel dan pasti akan mencubit pipi cubby kami yang comel ini.. see..senang kan tak payah nak susah susah iron tudung pastu nak kelepek bagai..hembus hembus keatas kasi tegak sikit tudung itu...itu cerita masa kecil, mana tahu dosa pahala...ok next

Cerita masa aku Sekolah Menengah pulak
Standard pergi sekolah kena pakai tudung..dan trend tudung aku waktu itu, ala-ala minah baiknyer, lepas bahu dan tak labuh dan juga lepas sikit dada.

comel tak kite...time sekolah dulu


Dan kalau aku rajin sikit, letak la kertas manila atau plastik(cover buku folio) untuk tegakkan muncung tudung supaya tak kelepek..see dari zaman dulu lagi dah ade benda-benda AWNING nih...cetusan dari kad manila taw..ok. tu kalau pergi sekolah..kalau waktu petang Kokurikulum pulak..lain pulak gayanyer..Tudung empat segi bercorak akan aku lipat menjadi tiga segi lalu memakainya secomel mungkin. Hujung kedua-dua tudung di depan akan aku lipat naik ke bahu untuk menampakkan simple..yelah..time tu kan kokurikulum, mane nak lari marathon nyer, lompat tinggi nyer, main netball nyer, bola tampar la, bola baling lah..main bola sepak lah..huhu, so senang la sikit nak bergerak, atau nak lagi simple nyer aku just ikat terus..atau jerut terus leher aku ni dengan tudung tu..erk..tragiskan..

jerut je mana sempat..asalkan boleh main kokurikulum
Stail la sangat kan pic macam atas ni...ade lagi stail...kalau nak pergi jalan jalan ker, paling famous pakai tudung siap jerut kat depan, macam ala-ala pakai tali leher plak..ataupun macam pengakapnyer skarft..huhuhu. Benda alah untuk menjerut tu ade dijual di pekan-pekan, waktu itu tersangat famous, bentuknyer macam cincin bersaiz dua jari dan boleh tarik-tarik, ada pelbagai bentuk, rupa dan warna mengikut warna tudung anda, dan pada waktu itu pilihan kami adik beradik adalah yang ada pearl putih bentuk bunga-bunga. Ramai juga kawan-kawan aku pada waktu itu just menggunakan cincin pemberian boifren mereka(niat untuk berlagak). Kalau ditanya" e..eh..cantiknyer besi jerut itu" lalu dengan bangganya dia pun menjawab " ha ah...ni cincin, pakwe I kasi...silver taw"  dalam hati berbisik ade aku kesah.


Zaman UNIVERSITI....
Seingat aku...time tu baru nak meletop tudung bawal, macam-macam kod tudung bawal ni, tudung bawal 1. 2,3 sampai la ke 100, dan aku pada waktu itu belajar Kolej hanya mampu memakai tudung bawal yang dijual di pasar malam...puas hati. Still sama etika pemakaian tudung bawal itu, sama macam zaman sekolah, cuma waktu itu popular dengan trend tudung Wardina dan Wahidah, pernah jugak aku mencuba, tapi..entahlah..macam tak kena gaya jer...Oleh kerana waktu itu zaman muda belia, aku pula mengambil kursus Art & design, ngam dengan jiwa aku...stail macamnilah aku pakai

lalu depan pak guard..komfirm x kena saman beb..

kenapa ye aku pakai stail selempang kebelakang macamni...erm, sebab ianya mudah untuk buat assignment, yela time tu kena panjat gunung, panjang bukit, panjang bukit, lalu tepi sawah, tepi pantai, tepi lorong(komfirm maknyah cabut lari), kena uli tanah liat wat sculpture, kena datang studio buat assignment..fuh(korang ingat budak AD ni rileks????...no...) but inilah life aku. Pendek cerita, aku bukan dilahirkan dikalangan keluarga Imam dan Ustazah, bukan dilahirkan di masjid, dan bukan cerdik agama sangat..tapi inilah aku diwaktu itu..simple dan easy.

Waktu Kerja Pulak(sekarang)
Masa ini adalah waktu aku boleh menghabiskan duit gaji untuk membeli tudung yang berjenama, walaupun tudung bawal terlalu dekat dihati, namun dek kerana nafsu untuk mengikut trend zaman sekarang, aku gagahkan juga kaki aku ni melihat-lihat trend tudung di sekitar masjid india, tak pun just search je kat website, taip jer..tudung itu tudung ini. Aku terkesan dengan pelbagai corak dan trend diantaranya ialah, Trend tudung ekin(yang ada Awning tebal kat depan), Tudung Hana Tajima(shawl satin or whatever yang loose just letak je atas kepala kendian pin, pin and pin) Tudung Shawl atau Pashmina dan akhir sekali, aku teruja kerana seorang Datin iaitu Datin Norjuma Habib telah membuat stail tudung Bawal..wow...just nice

ok..dekat bawah ni aku nak kongsi link untuk bloggers dan readers website tudung yang aku rasakan cantik



aku suka tudung ni, simple
dan mengingatkan
aku waktu zaman kolej dulu
boleh pergi ke website
WONDER BUTIK




aku kagum dengan Datin NorJuma.
Dia boleh hidup dengan Tudung Bawal, terbukti..dia yang membuat trend..dan bukan trend yang membuatnya(ape ayat aku nih)
AIDIJUMA





yang ni pun aku kagum gak..umur belum cecah 30 dah ader bisness, tudung dia cantik cantik dan yang paling aku suke tudung ala ala veil yang bnyak manik dekat kepala tu
RADIUSITE




Jenis tudung pashmina ni sudah tak mampu untuk aku gayakan sebab aku sedikit cubby. cantik kan?
LITTLEILSYA




Ok. secara kesimpulannya, aku ni bukanlah alim atau banyak ilmu agama di dada untuk bercerita pasal tudung, namun kekadang aku terpanggil untuk menutup hijab seadanya. Kadang-kadang juga, ikut mood(boleh ke tutup hijab ikut mood) untuk aku menutup keseluruhan aurat ku, tetapi yang paling penting aku tahu batas-batas ku seorang muslimah dan isteri yang tercantik di mata suami dan keluarga. Sekarang niatku punya satu iaitu memakai tudung untuk menyembunyikan aurat(walaupun aku bukan wanita sempurna) supaya aku bukan tergolong dalam wanita yang mengikut trend : BUKAN AKU di trendkan TETAPI aku mengTRENDkan sesuatu itu.

4 comments:

  1. kan?biarpun mcm2 trend tdg, bawal jugak jd pilihan. selesa pun selesa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...tudung bawal jugak yang selesa dan selalu dipakai dikala ini...thanks bace entry

      Delete
  2. hehe.. kecik2 dulu aku pakai tudung akak2.. haha

    ReplyDelete
  3. ni mesti masa kecik2 dulu akak2 tingin nak adik pompuan kan?

    ReplyDelete