Followers

Monday 30 January 2012

Doa Siti Fatihah Bab 3

Aku meletakkan surat bersampul putih diam-diam, kemas-kemas dan betul-betul di atas meja En Choi. Mudah-mudahan surat perletakan jawatan aku 24 jam itu diperkenan oleh bos Apek aku ni. Kejadian dua hari lepas menyebabkan aku hilang kawalan dan tumpuan dalam hidup. Stress sentiasa membuak-buak..memanggil-manggil aku ke Tanjung Rambutan...oh no!!..tidak sama sekali, bodoh kiranya aku menjadi pesakit mental gara-gara si jantan hidung belang ini. Life masih panjang.
Melihat tempat kerja si jantan hidung belang ini sudah cukup membuatkan aku termuntah, mengeluarkan segala kata-kata cinta yang pernah menjadi sajian makanan aku 5 bulan lepas..urgh..bodohnya aku.

Bagusla..dia pun tak datang lagi...boleh aku bersenang-lenang packing barang ni. Berlagak pula jadinya aku ni. Haih..buku dalam kotak hijau, Surat dalam kotak pink...ermmm...tools dalam paper bag lah...

Ting!!!..pintu pejabat terbuka...jeng jeng jeng!!!....
Dipendekkan cerita, semua orang dah tahu perihal surat perletakkan jawatan ku itu. Yang paling kecoh adalah Kak Leha
" kenape ko nak berenti keje Fati?, ko dapat keje mane?, ko marah dekak akak ke?ade bende yang ko selindung ni kan? ke ko merajuk dengan abang Mukhriz kau?" soalan bertalu-talu daripada si mulut becok itu, soalan terakhir yang membuatkan aku sedikit tergaman 'MERAJUK'....please lah.... Dengan tidak semena-mena Mukhriz pula bersuara
" Apehal pulak nak merajuk dengan saya" Mukhriz menjeling Fatihah sedikit. Kak Leha melihat aku sambil tersengih perli menanti jawapan. Aku buat-buat muka pelik dengan perasaan sengal di kepala. Ah lantaklah korang, yang penting aku blah dari sini.

*         *           *

Fatihah memerhatikan kawasan Vista Angkasa dari atas balkoni apartmentnya itu. Sudah dua hari dia berkeadaan begitu, memikirkan betapa bodohnya diri menyerahkan cinta kepada lelaki si hidung belang. Perasaannya kini pula teringat akan Arwah. Sudah lama dia tidak menyedekahkan Al-fatihah kepada Arwah. Lama dia bertafakur...mengingati kembali detik-detik indah dia bersama Arwah...Imran. Tiba -tiba dihujung bibir tersebut namanya...airmata kembali menitis...sayu disapa hembusan angin petang itu. Hatinya terlalu sebab memikirkan kebodohan dan kedegilannya terhadap keluarga demi mengejar cinta yang tak pasti....Imran...kalini bergetar nama itu disebut. Dia menyeka air mata apabila tersedar satu mesej masuk di peti simpanan talifonnya.

" besok start keje pukul 8 masuk..ONTIME"...hati Fatihah lega.
"fuh lega...setidak-tidaknya aku boleh lupakan dia...bina hidup baru

DOA SITI FATIHAH BAB 1

DOA SITI FATIHAH BAB 2

2 comments:

  1. banyakkan bersabar ye saudari.... semoga tempat kerja baru adalah yang terbaik berbanding skrang.hehehe..(^_^)

    ReplyDelete
  2. hehehe...ini cerita je lah....thanks bace

    ReplyDelete