Followers

Wednesday 25 January 2012

Doa Siti Fatihah Bab 2

Kedinginan angin aircond waktu pagi itu membuatkan Fatihah terlena di meja kerjanya. Harini dia diberitahu bahawa seorang pekerja baru aku memulakan tugas sebagai Technition di Syarikat itu.
Ting!!..pintu pejabat terbuka dan tindakan refleks mata Fatihah membulat daripada lenanya. Di sudut meja kelihatan Mukhriz tersenyum kelat ke arah Fatihah.
Hai..dah masuk kerje dah mamat ni...ingatkan nak cuti sebulan... Fatihah kembali mengadap Imac dihadapan, mencari-cari lagu kegemaranya...Bruno Mars di klik...terpamer gambar kacak penyanyi itu dan terus mengalunkan irama i'm yours sambil Fatihah memulakan kerjanya. Dia cuba untuk menahan diri daripada terpandang wajah Mukhriz takut takut digoda semula oleh lelaki hidung belang itu.
....Buzzzzzz......Buzzzzz.....
alamak...dia fire pulak, nak ape mamat nih
.....whats??......
...Mukh nak jumpa Fati balik keje ni, balik ngan Mukh yer  : )...
...xpayah la Mukh, antara kita dah xder ape ape ikatan kan, so Fati tak nak memulakan balik, Fati selesa sekarang...
....tapi Mukh sayang Fati.....
....sudah la, ckuplah apa yang Mukh katakan pada Fati, Fati dah maafkan ape saje yang Mukh mesej pada Fati, lagi pun, buat ape nak couple ngan fati lagi, Fati ni kan 'MELALAIKAN' Mukh selama ni, Fati sedar, menjadi orang kedua adalah sesuatu benda yang salah yang pernah fati buat selama ni....
.....FATI!!!..dah la, Mukh nak jumpa Fati, Mukh nak minta maaf....
....kan Fati cakap, Fati dah maafkan Mukh....gudby...

Fatihah menyandarkan badannya di kerusi, tidak berganjak, cuma air mata jernih mengalir sepi di pipi, cepat cepat dia menyapu takut-taku ternampak orang sekeliling. Dia mencapai beg tangan lalu meluru masuk ke tandas di hujung pejabat. Kelihatan Kak Midah yang dari tadi memerhatikan Fatihah terkejut beruk sambil memandang Mukhriz yang dari tadi berlagak selamba seperti tidak ada apa yang berlaku.
Fatihah pilu, dia masih lagi teringat peristiwa malam semalam, niatnya cuma untuk bertanya khabar tentang isteri Mukhriz tetapi dirinya pula ditempelak oleh lelaki itu. Dia cuba mengingati detik itu pada malam hari semalam..

banyak kereta berlegar legar dikawasan kerinchi itu, tempat parking yang berhampiran dengan Apartment Vista Angkasa menjadi pilihan Fatihah dan Mukhriz untuk menyelesaikan hubungan mereka.
"tentu Mukh faham kan, kenapa Fati nak jumpa sangat dengan Mukh walaupun kak Syikin tengah dalam pantang...Fati bukan nak kacau Mukh, tapi...."
"ape hal fati nih...boleh tak cakap straight to the point...Mukh x der mase la" pintas Mukh dengan nada tinggi. Fatihah sedikit terkejut dengan perubahan wajah dan nada percakapan Mukhriz. Mana kata kata manis yang pernah diucap dulu, mana pula senyuman manis yang pernah dilemparkan oleh Mukhriz pada Fatihah dulu..mana MANA!!!!...Fatihah mencebik sedikit. Dalam dalam dia menarik nafas agar dirinya stabil sedikit.
"Fatihah nak tanya...macamna dengan hubungan kita, Fati tak nak Mukh main tarik tali dengan Fati, sekejap nak couple sekejap tak nak, Fati letih"
Mukh terdiam memandang tanah. Fatihah pula memandang Mukhriz dengan serius.
"jawab mukh..jawab!!!"
" Mukh dah buat silap dalam hidup Mukh" jawab Mukhriz dengan nada pilu. Fatihah terkejut. Ape?? silap besar, ape yang silap nya, silap memilih aku?
"maksud Mukh??"
"Mukh dah abaikan kaksyikin, baru ni Mukh sedar yang Mukh tak setia terhadap dia, Mukh menyesal" 
"Maksud Mukh...berkawan dengan Fati adalah satu kesalahan??"
" entahlah...Mukh pening...Mukh sangat menyesal. sekarang ni, ape yang Mukh tahu, Mukh nak jaga kak syikin baik baik sebab dah bnyak Mukh abaikan diri dia, Mukh rasa dirini lalai...sungguh lalai..Mukh rasa...rasa....
"Menyesal kawan ngan Fati, Fati ni melalaikan Mukh..begitu??" Mukhriz mengangguk sambil memandang tanah, takut dia melihat wajah merah Fatihah.
"Fati....Mukh minta..."
"xper...Fati faham...dalam hal ni Fati yang bersalah, senang cerita...mulai dari sekarang..lupakan Fati, Mukh boleh teruskan dengan keluarga Mukh...dan jangan cuba nak hampiri Fati balik..." ujar Fati dengan terketar ketar...air mata mengalir lagi...kalini air mata bahagia campur derita, bagi dirinya..itulah yang diharapkan olehnya, keinsafan dalam diri Mukhriz yang pernah dicintainya. Biarlah dirinya dipersalahkan, namun untuk menghancurkan rumah tangga orang lain tidak sama sekali. Mulai saat itulah, hati dan jiwa fatihah tenang kerana dirinya betul betul sudah putus dengan Mukhriz...tetapi kenapa degil pula si lelaki hidung belang ini. Malam tadi bukan main mengata aku bukan-bukan, sekarang nak minta couple dengan aku balik...PENING!!!!!

*    *    *

Fatihah menghempaskan badan kurusnya di atas toto, hidup membujang menjadi kebiasaan tidur beralaskan toto empuk dipinjam dari kakak iparnya itu. Berat mata memandang, sakit lagi kepala otaknya memikirkan perihal Mukhriz di minda.
Sampai bila nak macamni, penangan couple ngan laki orang memang ngeri...Arghhh...stress..boleh bawak mati kalau hari-hari macamni. Telefon ditangan ditutup. Fatihah mengalami stress yang amat sangat dan dia hanya mengambil panadol untuk melelapkan matanya. Bukan sekali ini dia mengambil panadol, bahkan dulu pernah dia mengambil ubat tidur kerana tertekan. Lupakan sahaja kisah lalu...tidur lagi baik. Dia melelapkan matanya rapat-rapat. Moga besok pagi ada sinar keceriaan di dalam hidupnya.

"Fatihah!!!..dengar cakap Mukh, Mukh sayang Fati" Mukhriz cuba untuk memeluk tubuh kurus Fatihah, Fatihah tergamam dengan kelakuan itu lalu menolak tubuh sasa Mukhriz ke belakang. Disangkanya panas hingga ke petang, namun hujan ditengahari, dia menyesal kerana mengikut Mukhriz untuk bersua muka. Kalau dia tahu tujuan Mukhriz untuk memujuk kembali kepangkuan dia balik, Sumpah!!! junjung Quran dia tolak sementah-mentahnya. Biarlah dia menjadi anak dara tua, namun untuk berkahwin dengan Mukhriz beranak 3 ni tidak sama sekali. TIDAK!!!!
"MUKHRIZ!!!!...mukh tak faham faham lagi ke hah!!!...Fati dah tak ader ape-ape perasaan pada Mukh!!" jerit Fatihah di tepi Highway menuju ke Nilai. Dengan serta-merta Fatihah terduduk di tepi longkang jalanraya sambil menangis menekup telinga. Mukhriz tidak menyangka gadis dihadapannya akan berkeadaan seperti itu. Gilakah? Mukhriz cuba untuk mendekati Fatihah..lalu memegang tangannya.
"Fatihah" tutur Mukhriz lembut. Perasaan sayu terbit dihati jantan Mukhriz. Fatihah masih lagi menangis. Laju sahaja air mata mengalir di pipinya.
"PERGI!!! aku tak mau tengok muka kau lagi...pergi!!!!!" Jeritan Fatihah itu membuatkan Mukhriz tersentak.
"Fatihah"......
"PERGI!!!!!.....PERGI!!!!!!" fatihah menekup wajahnya yang basah dengan air mata. Mukhriz berlalu pergi menuju ke kereta. Tanpa diduga, dia meninggalkan Fatihah seorang diri di tepi Jalan. Lama juga Fatihah berkeadaan begitu, tidak menghiraukan kereta yang lalu-lalang. Setelah agak lama menangis..Fatihah termenung di tepi jalan yang bergaung...memikirkan keadaanya tadi. Kalau ikutkan rasa...stress itu membuatkan dia hampir menjadi gila..namun didalam hati dia beristifar banyak-banyak. Syukur Alhamdulillah. Ya Allah ya Tuhanku, Ampuni segala dosaku, kalau ini yang Kau takdirkan untuk aku...Aku terima seadanya...Amin. Fatihah memandang kehijauan bukit bukau di tepi jalanraya menuju ke Nilai...Kehijauan itu membuatkan hati Fatihah kembali tenang....tiba-tiba
"Aduh!!!....alamak!!!!...macamanan aku nak balik ni...." Fatihah terkial-kial mencari no telefon Kak Norma kakak Sulungnya itu. Alamatnyer aku lepak dekat kajang ler..adeh

DOA SITI FATIHAH BAB 1

4 comments:

  1. ni karangan ko ker??mantap bole wat novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lagi draft...still tengah perbaiki tatabahase...thanks bace

      Delete
    2. ok jer salah sikit-sikit..mantap jgk boleh terpikir wat cerita camni..

      Delete
    3. teringin nak jd novelis sebenarnya...tapi x cukup skill..heheh

      Delete