Followers

Friday 21 February 2014

Pisang dan Batang Keladi Masak Kuning

Assalamualaikum semua...
waaaahhh dah lamanya x berblog, rindunya nak menulis, rindu semua. sejak kebelakangan ni azie sikit kebizian sebab menunaikan beberapa kerja sepanjang tahun lepas dan tahun ini. oklah, azi nak share lauk kegemaran yang pernah satu ketika dulu menjadi hidangan kami adik beradik...

akhir tahun lepas, azi ikut husband pegi outstation ke ipoh, well dah namanya ipoh, maka dekatla dengan taiping..so dalam fikiran azi ni best gile la sebab dpt balik terus ke taiping. setelah minta kebenaran dri husband,  azi dan adik azi (yang selalu jadi mangsa..ahahahah) dan juga azhad pulang ke kampung selama seminggu, maka tinggal la husband azi sendiri di ipoh... sian pun ade :(

seperti biasa, mak dah dpt agak dah, kalau anak dia balik mesti dia jadi mangsa kamera azi ni..kikikiki.. Ye mak..memang tepat sangkaan mak itu...
kalini mak nak masak lauk sayurbelakang rumah je dia cakap..ape sayur tu...nindiaaaa pic kt bawah.
PISANG dan BATANG KELADI = mak nak masak jenis lemak kuning,
bahan-bahannya:

Batang Keladi yang telah dikupas bersih kemudian di kerat-kerat pendek, Pisang mentah (pisang ikut suka hati ) dikupas nipis kulitnya kemudian dikerat pendek-pendek.
untuk bahan rempah, cili perawit hijau, kunyit (sedap kalau kunyit hidup, tapi mak dah maju pakai kunyit serbuk jer..cakap mak) sedikit kelapa parut. Oh ya..santan jangan lupa.


mula-mula tumbuk bahan tadi..nmpak tak pic belah kiri lesung batu tu, mak lupa letak satu lagi bahan iaitu bawang..ehehe..xper xper..campak je seketul bawang merah kecik kemudian sambung tumbuk sehingga tak seberapa lumat... 


kemudian, masak sayur tadi bersama santan..jangan sampai naik minyak, sentiasa kacau yer...selang beberapa saat masuk kan bahan tumbuk tadi..kemudian kacau, kacau kacau sehingga masak...kena kacau sentiasa yer takut nti kuah tu naik minyak..nti x jadi dah..


taraaa...ok, dah jadi dah... mak kata sayur ni kalau org yang perut dia x kuat toksah makan..mksudnyer org yg x biasa makan batang keladi, tapi kalau yang dh biasa makan batang keladi, memang sedap giler makan ..

ok..sekian untuk kalini..selamat mencuba

4 comments:

  1. assalamualaikum

    lama menghilang..tup2 muncul balik ni..dgn hidangan lazat lagi..masak guna dapur kayu ke dik..rindunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kaknor...itula..dah mcm biskut dah..jap ade jap ilang, hmm masak dapur kayu kak..biasala mak kt kg dapur tuje yg dia suka

      Delete
  2. assalam,

    sedap nyer...kalu kat kampong jadi lauk time rewang ni...makan hari2 bese pun sedap juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak... kalau makan dgn ikan masin atau ikan kering tambah pulak sambal belacan lagila terangkat...

      Delete