Followers

Sunday 24 July 2011

Mengenang kembali Moyangku

pemandangan dibahagian belakang rumahku

Kenangan sewaktu kecil terlalu bermakna waktu ini untuk aku buang. Niat hati ingin melupakan kisah lalu bagi membina hidup baru di kota Metropolitan ini, namun aku tidak berdaya mengikis kisah suka duka aku sebagai gadis kampung. Gadis kampung yang amat naif tentang soal dan hukum hakam kehidupan.
Kampungku terletak jauh nun dipendalaman, bagi sesiapa yang baru memasuki kawasan ini, pasti mulut dan mata membulat besar kehairanan kerana keindahan dan ketulenan yang masih berbaki di abad ini. Ibuku pernah berkata, dahulukala sebelum kedatangan era penjajahan british lagi...sudah ada penempatan kampung ini yang dibuka oleh sekelompok pendatang yang datang jauh dari seberang, diantaranya adalah moyangku sendiri...Moyangku berasal daripada Sumatera dan Banjarmasin, mereka berketurunan Panglima kerajaan Banjarmasin dan Kaum kerabat Gusti(Puteri Agung). Perpecahan sistem beraja akibat kedatangan bangsa asing membuatkan mereka melarikan diri ke Tanah Melayu bagi menyelamatkan diri serta mencari penempatan baru..fakta itu adalah mengikut penceritaan balik daripada mulut ke mulut keluarga ku  :).
Tambah ibuku lagi...bukan sahaja kaum melayu yang datang membuka penempatan itu, malah terdapat juga kaum lain iaitu bangsa cina...Ibuku menggambarkan kawasan ini dahulu begitu luas seluas luasnya tanah ini dengan lautan dan hutan tebal. Oleh kerana dek kesungguhan dan ketabahan serta kudrat orang dahulu amat kuat, mereka dapat membuka penempatan itu dengan menebas segala hutan menjadi kawasan mereka dan kawasan perladangan iaitu sawah. Kepandaian mereka telah mewujudkan pelbagai sistem iaitu..sistem terusan dan juga jambatan bagi memhubungkan mereka dengan pekan yang besar.

macam padang kan...hijau sangat....tenang saje


Cerita ibuku pula, dahulu...segalanya besar, ikan, sayur, padi, ayam termasuk unggas. Kalau moyangku membanting padi secekak, sudah mampu mendapat separuh guni padi, bukan macam sekarang, bertan tan mesin padi yang datang mencantas setiap batang padi, namun hanya 5 guni sahaja yang boleh dapat.
Dahulu, sebutir padi sahaj sudah mencapai sebesar ibu jari kanak kanak...cuma anda semua bayangkan, nyamuk dahulu bukan sekecil sekarang...ada yang sebesar belalang rumput hijau.
Hari demi hari, minggu ke minggu dan tahun ketahun....lama kelamaan penempatan itu sudah menjadi kawasan perkampungan yang berjajar dimana penduduknya membina rumah berhampiran terusan air. Sungguh cantik yang amat, kawasan itu juga menjadi sungguh hijau dan lapang seperti kawasan padang rumput yang cantik...ahhh...rindunya suasana itu.

parit : segala jenis ikan air tawar ada dekat sini..ikan sepat!!!

kain batik dan pelikat

bunga bulan...sebelah titi...

cantik kan pemandangan ni

2 comments: