Followers

Wednesday 27 July 2011

bila padi dah keluar wei!!!!

padi yang dah nak masak belakang rumah ku/ sumber: penulis

Dahulu... setiap tahun pasti mak dan ayahku akan menyediakan dan menyiapkan kelengkapan untuk membanting padi, kami di kampung tidak memakai istilah banting padi tetapi ada istilah kampung yang kami gunakan iaitu 'mengerat' bagi memotong batang padi dan juga 'memukul' untuk menceraikan padi di dalam tong layar sebelum kedatangan mesin-mesin padi yang besar(lebih besar daripada lori pasir) yang berwarna kuning. Pada masa itu seluruh kampung sibuk mencari orang untuk mengerat padi. bermulalah sesi panggil memanggil seluruh kampung itu.

Seingat aku, sewaktu aku dalam darjah 6, mak dan ayah pening kepala memikirkan pasal mengerat padi ini. mana taknya..semua orang dah full book, tinggallah kami adik beradik yang masih kecil ni, aku darjah 6, kakak ku PMR, abang no 2 dah tingkatan 5, manakala abangku yang sulung stpm di johor. Mak dan ayah bertambah pening...tak kan kami yang sibuk nak ambil exam ni yang kena tolong mengerat padi. Tetapi, kesusahan itu tak lama kerana ada juga kawan kawan mak dan ayah dari kampung seberang yang sanggup kerta Overtime..hehe. Tak lama lepastu..seawal pagi lagi, mak telah siapkan makanan untuk dibuat bekal kepada 10 orang perempuan dan 5 orang lelaki yang akan tiba awal subuh nanti.

sawah yang menguning/sumber : penulis

Kudrat mak memang kuat, seawal pukul 3.00 pagi lagi dia dah bangun menyiapkan kuih muih untuk dibawa ke bendang nanti...seingat aku kuih seperti biji bijan, cucur bawang, cucur jagung, roti canai( eh..eh..mak kite pandai buat roti canai tau..jangan memain..heheh)lepat pisang, cucur badak dan lain lain. Tak kurang hebatnya mak aku pernah buat nasi lemak bungkus ngan daun pisang panas...perghhh...

Bila segala-galanya selesai Mak pula membangunkan Ayah untuk bersiap siap ke bendang, kami adik beradik masih lagi dibuai mimpi, setelah segalanya selesai..Mak dan Ayah membawa bekalan yang banyak tadi ke tengah tengah bendang. Di kawasan luas bendang itu terdapat sebuah kampung kecil (tanah selebar 20 kaki persegi)..dan ditengah tengah nya ada kolam ikan(telaga ikan semulajadi) kampung kecil itu dikelilingi pokok seprti kelapa, mangga dan juga pokok senduduk serta mengkudu..ada juga pokok renek yang aku tidak berapa ingat.
tong layar/sumber: google
 Tepat jam 6.30 pagi, seorang dua mula menampakkan muka dan tidak lama kemudian barulah kawan-kawan Ayah dan Mak datang beramai-ramai terjun ke dalam bendang yang penuh dengan pacat, siput, rumput masin dan juga ikan serta belut. Masing-masing dah terer...dan masing masing memulakan kerja, kaum ibu mengerat padi secekak demi cekak, manakala kaum bapa memukul padi sepemeluk di dalam tong layar.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi, cuma aku dan adik ku sahaja masih di dalam kelambu atas rumah, aku bangun terus mendapatkan kakak ku yang telah berada di depan kaca tv melihat Selamat Pagi Malaysia di tv3. Abang-abang ku pula entah kemana. Aku mencari kelibat mak di bendang, nun hujung yang amat aku ternampak sekelompok ibu ibu sedang membongkok mengerat padi, sebelah kiri depan mereka pula sekelompok bapa-bapa sedang memukul padi. Aku duduk termenung(tak mandi pagi lagi,heheh) dengan perut yang lapar aku meniti batas batas sawah hingga melewati ibuku yang sedang bekerja " cik..hang nak makan cucuk bawang p dok kat kampung tu, makan ingat kat orang tau"hehehe..mak aku ni macam tau tau jer aku tengah lapar. aku tersenyum lebar dan dengan pantasnya aku meniti batas batas bendang hingga sampai ke kampung kecil itu.

2 comments:

  1. cantik permandangan kt kampung awak.hehehe.

    saya follow awak, jemput follow saya juga kalau sudi. (^_^)

    ReplyDelete