Assalamualaikum...
Seronok bila dapat belajar apa yang kita suka, seronok sangat bila dapat belajar sesuatu benda itu adalah benda yang sangat tradisional. Saya belajar bermain alat muzik gamelan dan juga tarian Gamelan (debab2 pun menari jugek). okeyla..taknak membebel di bulan puasa..jom tengok aktiviti kami geng gamelan
saya bermula dengan bermain alat Kenong, pic atas paling kiri, macam periuk besar tu, kemudian sikit-sikit bermain alat sarong (pekin, banang, demong) kemudian beralih pada Gambang gangsa dan juga gambang kayu seterusnya alat susah sikit nk main iaitu Bonang. Pic bawah paling kanan ialah cikgu kami iaitu Along Gamelan dari JKKN.
Kami selalunya bermain sewaktu para delegasi datang melawat ofis ataupun untuk keramaian serta perkahwinan anak-anak dato dan lain-lain. Terang tak kaler uniform kami...comey tak kak ton... :)
Ha...uniform lelaki pun pakai pink tau..eh..tudung saya macam ustazah la pulak.
Inilah Bonang..
ini pula note note gamelan...






