Followers

Sunday 4 May 2014

Trip to Jogja and Solo : Pantai Parangtritis

Assalamualaikum.. salam sejahtera
Sudah lama azi tak berblog, semuanya disebabkan terlampau sibuk di tempat kerja. Azi tak nafikan memang rindu sangat sangat nak menaip di blog ni, nak share segala-galanya disini, namun sb kekangan kerja menyebabkan terbantut jari jemari tembam ku ini..
Pada Februari 2014 lepas, Kumpulan Gamelan Cendanasari telah mengadakan satu trip ke Jogja dan Solo, Tujuan trip ini adalah untuk (kenapa ayat azi ni macam formal ek) mendedahkan ahli-ahli gamelan kepada sejarah dan juga pembuatan alat alat seni gamelan.

Ok.. dibawah azi sertakan gambar gambar selfie kami di Pantai Parangtritis. Sepengelaman azi disana, pasir pantainya hitam tak sama macam pasir pantai disini warna perang2 berlian. Orang disana cakap pasir nya hitam disebabkan lahar gunung berapi yang aktif. Apa yang menyebabkan istimewanya pantai ini adalah kerana ombaknya yang aktif bergelora menghempas hempas seakan ribut laut sedang bergelora (tak gitew ayat nyew).  Tengoklah kami betapa selfienya kami dengan gopro yg dibawa oleh Fie..memasing tak nak lepaskan peluang berselfie berlatarbelakangkan Pantai Parangtritis yang ombaknya sentiasa bergelora.



Setelah berpenatan di Pantai Parangtritis, kini tibalah masanya untuk mengisi perot kami yang berkeroncong ni, Alhamdulillah kami disajikan dengan makanan ala ala kampung, restoran kami pun berlatarbelakangkan dengan sawah padi hijau terbentang. Sekian