Followers

Tuesday 23 August 2011

Pagi-pagi layan lagu nih : Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Friday 19 August 2011

Goreng pon Sodap...

Assalamualaikum

Kalini...aku nak buat entry pasal ungas ni pulak, ni namanya Belalang kunyit. Kisah aku dan belalang nih, macam tak percaya jer belalang ni boleh tercatat dalam kamus hidup aku.
Alkisah, masa dulu-dulu, aku ni selalu sangat ikut mak aku pergi memancing ikan di dalam kawasan sawah(bendang). Selain umpan cacing tanah yang bentuknyer warna maroon tu, panjang panjang tu, mak aku ni suke guna umpan belalang, segala jenis belalang lah, belalang pelesit pun jadi, lantaklah kau hantu, mak aku peduli ape! Aku ni pula profesional dalam acara menangkap belalang ni, sekali copet jer terus belalang berada dalam genggaman tangan aku nih. Hasilnyer..pergh...berpuluh puluh ekor ikan puyu dalam baldi magic mak aku.
Dalam aku dok asyik usha yang mana satu belalang dan yang mana satu rumput, Almaklumlah, belalang ni kan camourflage, hampir juling jugak biji mata aku ni, nak seperate mana satu nye, aku ternampak satu spesis belalang yang sangat besar, besar woo...aku pun apalagi, dalam kepala otak aku ni fikir. Kalau pancing guna belalang besar mesti dapat ikan puyu besar..wooo, baek punyeee.... Sekali copet jer..terus kena. Lantas aku bagi dekat mak aku, mak aku tersengih-sengih jer. "yang ni tak boleh jadi umpan, besar sangat". erk!!!...tak boleh, aku pula terkebil kebil, belalang yang besar ni pun tak boleh jadi umpan, ini kalau pancing kat laut ni, ikan jerung seekor mau dapat nih. " dah la..lepas balik, kalau bakar bau belalang tu wangi..wangi sangat, goreng pun sedap". oooo...baru aku paham, maknanyer, belalang ni boleh makan la, ok takper, tengahari kite masak yer mak..hihihi, kata aku dalam hati.
Dah sampai waktu tengahri, ikan puyu yang kitorang tangkap tadi bukan main sedap baunyer dalam dapur tu, bila dah masak, mak aku panggil untuk makan tengahri. Tetiba aku teringat sesuatu yang aku buat tengahri tadi. "mak..jap mak, ada lagi satu lauk tertinggal" giliran mak aku pula terkebil-kebil. Aku pula dengan yakin meletakkan sepiring lauk yang membuatkan mak aku ketawa kuat. eh..kenapa pule mak aku ni..ketawa pule, bukan senang nak tengok aku masak lauk tau.
"hehehe...Belalang Kunyit goreng yer, apesal tak masak Belalang Kunyit masak lemak cili padi...hehehe, hahahah"
Baru aku tahu sebenanyer, belalang kunyit yang aku tangkap pagi td mana boleh makan..ish...bodoh nyer aku, tule, kecik kecik degil tak mau kedapur, orang belajar masak, aku belajar tangkap belalang..aduh, malu aku dengan mak aku.

ps: tapi memang betul, masa aku goreng belalang tu, bukan main wangi...wangiii macam bau ayam goreng.

inila..belalang nyer yang aku tangkap 2 tahun lepas dekat tepi rumah aku.

Munge munge

Assalamualaikum

ini mak aku panggil bunga jepun

ini bunga terung pipit

ini buah bamban

bunga jepun gak...kalau salah x tauler

bunga ceri..

ni mak aku panggil bunga cine

ni bunga jantung pisang

ni bunga peria

ni bunga raya..kalau korang x kenal, korang bukan rakyat malaysia la..

ni bunga rumput jer

entah le apekenamanye?

??

bunga ungu  kot?

Taik ayam

bunga pukul 10.

yang ni aku x tau..

Wednesday 17 August 2011

dari dunia kecil ku......di tepi rumah

Assalamualaikum...rajin pula saya buat entry harini. Kalini nak share dengan para blogger tentang serangga-serangga kecil yang ada berhampiran di kampungku.






English cottage

Assalamualaikum
Jom kite terjah 'kampung' orang plak...more dekat website ni :) very nice picture
http://www.mooseyscountrygarden.com
boleh klik dekat link paling bawah skali

beskal tua ni..zaman british lagi, bapak aku nyer lagi oldskool

kalau nak tanam bunga ros ni kat kampung aku..jangan harap ler

Ya Allah..cantiknya ciptaan Mu




cantiknya!!! pening pening


English cottage..cantiknya!!!!


Tuesday 16 August 2011

Subhanallah....terima aku dibumi MU

 Assalamualaikum....
kalini nak letak..pemandangan yang cantik di waktu petang dan senja di kampung aku... Kalau waktu petang dolu dolu mesti mak aku dah tibai aku suh masuk dalam rumah. Yela..aku ni suka sangat menyidai kat depan umah sambail bergosip dengan kawan dekat tepi jalan. Mak kata " hei..sudah sudah la menyidai muke dekat tepi jalan tu...masuk la...nanti lembaga tumpang baru tau". heheheh.

my feet...ohhh..indahnya kampung

simpulan semulajadi

hening

kain batik mak campur kain pelikat babah

cantik tak klu lukis

titi..port bersidai



ni belakang rumah..waktu petang...tiang tu tempat penyidai kain mak aku

senjakala. huhu..oren jer..macam seketul emas

dah nak hampir lewat senja. Subhanallah

 

Thursday 11 August 2011

Doa Siti Fatihah

Astagfirullahalazim...

Ya Allah!.....terasa payah hambamu ini melangkah, terasa payah hambamu ini berkata kata, Ini kerana hambamu terlalu banyak dosa. Setiap nafasku menghembusi dosa, setiap saat kata-kata ku meluapkan nista, setiap langkahku mengalpakan aku untuk beribadah kepada MU. Ya Allah...iringi aku doa Mu di hutan metropolitan ini. Aku sudah terbiasa dengan fitrah seorang wanita, mencintai seorang lelaki yang bermulut manis berbicara lunak. Oh Tuhanku. Aku tidak mahu bahagia di atas titisan air mata seorang wanita yang suci, aku tidak mahu melahirkan zuriat ku dari benih lelaki yang tidak tahu tentang pengorbanan isteri, Ya Allah....kutitipkan doaku untuk Mu agar aku dapat melupai kesan dan kenangan aku terhadapnya. Ya Allah....jauhilah aku daripada cinta seorang suami yang mengalpakan tanggungjawab terhadap keluarganya...Amin..amin.

Siti Fatihah mengaminkan doanya setelah habis bersembahyang subuh. Dia menyesal kerana keterlanjurannya akibat menjalinkan hubungan terlarang dengan suami orang, mujur dirinya tidak hanyut dibuai oleh bicara manis yang dijanjikan oleh Mukhriz. Seawal perkenalannya  dengan Mukhriz, memang tidak disangka kerana lelaki itu banyak menolongnya dari segi kewangan dan juga kenderaan ke tempat kerja, keperibadiannya juga tidak menunjukkan dia adalah seorang suami orang yang beranak 3. Astagfirullah...mengucap panjang dia. Agak nya sudah tidak tertahan menanggung dosa selama 5 bulan mengecewakan kaum nya sendiri, Fatihah terus sujud mencium sejadah dengan linangan air mata bercucuran membasahi kain sejadah itu. Dengan doa dan taubat nasuha 3 malam berturut turut, dia nekad...harini dia akan memutuskan segala ikatan yang telah di bina selama 5 bulan dengan Mukhriz.

Dia bersiap-siap menyarung pakaian kebiasaannya iaitu blouse dan jeans untuk ke pejabat. Pekerjaan yang disandang olehnya sebagai pereka grafik tidak memerlukan dia berpakaian terlalu over seperti Ana Lisa seorang setiausaha di syarikat percetakan di Sunway. Berskirt pendek dan bermekap tebal bukan pilihannya, dia sudah terbiasa dengan solekan nipis dengan hanya memakai jenama silky girl, baginya cukup untuk dirinya tampil yakin. Setelah segalanya siap, dia bergegas pula mendapatkan handbag di atas almari solek kecil di bilik sewanya itu. Tiba di ruang tamu, kelihatan Qira dan Fina sedang bersiap siap menyerika tudung bawal untuk ke pejabat Fatihan tersenyum kepada mereka. Begitu juga anak gadis itu.
"babai kak..hati hati jalan" jerit kecil Qira.
"okey...bai, ade ape ape nak kirim..hehehe" jawab Fatihah pula sambil membuka pintu hadapan. Mangga dibuka, grill besi pula ditolak. Nyaring sedikit bunyi pintu itu.
" bawang putih, gula, ikan masin, beras, telur masin..kikikikiki" seloroh mereka pula pagi pagi isnin nih.
"merepek je korang nih..oklah..bai...muahhh..assalamualaikum"
"waalaikumsalam kak..bai" Fatihah menuju ke Stesen LRT UNIVERSITI dengan berhati-hati di pagi hari.


                                                          *   *   *

Thumbprint pintu pejabat disentuh...bergetar rasanya sewaktu melangkah masuk keruang pejabat itu. Kelibat Kak Leha dan Kak Shila kelihatan sedang bersedia untuk bersarapan. Dia mengerling tajam ke arah tempat Mukhriz. Alhamdulillah..dia belom masuk lagi...aku pasti, harini adalah masanya...ya Allah..kau kuatlah imanku...  "Fati!!!!"  "oh mak kau"...lamunan Fatihah terganggu kerana namanya tiba-tiba dipanggil kuat oleh Kak Leha.
"kejap kak..nak buka Imac jap" setelah segalanya selesai, Fatihah duduk bersama-sama dengan mereka untuk bersarapan. Hatinya masih lagi tidak keruan, dia melihat jam di dinding, sudah pukul 9.00 pagi...mana mamat nih..aduh...tak kan tak datang opis harini..aduh...masa ni jugak dia buat hal.
"kau ni kenapa Fati...ada masalah ke...masalah ngan boifren!!!???"  pergh..ayat kak midah ni memang power..tersentap kat jantung aku nih...alamak tetiba plak aku rasa muka aku ni panass
"tak lah kak Leha..manade boifren..merepeklah" hindar ku.

Ting!!!...pintu pejabat terbuka...dan aku sekali lagi menggelabah tak tentu pasal...mamat ni dah sampai..kenapalah aku syok sangat dengan dia tu...x hensem pon.
seluruh badan Fatihah menggeletar, terasa urat saraf tunjangnya berdenyut denyut minta dia berdiri tegak supaya dapat bersemuka dengan Mukhriz. Kelihatan Mukhriz tersenyum ke arah Fatihah di sudut tempatnya. urgh...senyum gatalll!!! Fatihah memasamkan muka. Dasar buaya darat, biarlah apa nak jadik jadilah...aku tetap dengan pendirianku. memutuskan hubungan dengannya. Ya Allah..kuatkanlah imanku ini.

Petang itu selepas lewat waktu kerja, Fatihah dan Mukhriz berjumpa untuk kali terakhir di Restoran Mamak berdekatan. Masing-masing terdiam kaku. Mukhriz melihat wajah ayu Fatihah yang selama ini dia nantikan untuk menjadi mangsa nafsunya. Sungguh bergelodak jiwa Mukhriz melihat sesusuk tubuh wanita yang diidamkan di depan matanya itu. Fatihah menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembuskannya. Bismillahirrahmanirrahim
"Mukh!...Fati nak bagitau something, benda ni amat penting untuk kita berdua, harap Mukh dapat dengar dan jangan fikir Fati bukan-bukan" Fatihah memandang Mukhriz dengan wajah yang polos, Mukhriz yang dari tadi bernafsu melihat Fatihah tiba-tiba terkejut dengan kata-kata gadis kesayangannya itu.
"Yer sayang...cakaplah" lembut tutur Mukhriz penuh dengan kasanova.
eiii...geli la pulak dia panggil aku sayang..uwek..
"macamni. Berat bibir Fati nak meluahkan benda ni, tapi Fati terpaksa sebab Fati dah sedar, Fati tak mahu membina kebahagiaan daripada airmata kaum Fati sendiri...Fati rela undur diri, Fati tak mahu menyakiti hati isteri Mukh..." Alhamdulillah..terucap jua kata-kata yang telah sekian lama aku pendam.
"tapi...Mukh lebih sayangkan Fati dari isteri Mukh sendiri" Mukhriz seperti tidak mahu melepaskan gadis di depan matanya itu, dia cuba memegang tangan suci milik Fatihah. Fatihah menepis laju sambil menjeling marah ke arah wajah Mukhriz. Dia bertambah jelik dan benci dengannya.
"Mukhriz!!!...." jerit Fatihah geram di atas kelakuan tidak sopan itu.
"Sorry sayang...please...Mukh tak bahagia, Mukh kecewa dengan perangai isteri Mukh, Mukh bahagia disamping Fati...Mukh dah ceritakan pada Fati, bagaimana perangai isteri Mukh..Mukh dah tak larat nak layan dia" tutur Mukhriz dengan alasan tidak munasabah

"Mukhriz!!!.....maafkan Fati, Fati harus menamatkan hubungan kita, memang pada mulanya Fati terima Mukh disebabkan keadaan Mukh dan isteri yang sudah tidak bersefahaman...dan Fati sendiri percaya bahawa satu hari nanti Mukh akan bercerai dengan isteri Mukh dan menjadikan Fati sebagai hak Mukh selamanya...tapi!!!...Fati sedar...fati telah meruntuhkan rumahtangga orang...Fati adalah perampas dan penambah cili pada rumahtangga Mukh...Mukh sepatutnya ketua rumah harus membimbing isteri mukh sewajarnya..bukan meninggalkanya dengan perangai sedemikian...Mukh kena ingat...Mukh dah ada anak yang harus dipertanggungjawabkan....dan baru sahaja tadi..Fati dapat berita..isteri Mukh iaitu Kak Syikin sedang sarat mengandung anak Mukh....Mukh tipu Fati..Mukh tipu...nampak sangat Mukh kawan dengan Fati semata mata kerana bosan dengan keadaan isteri mukh yang sedang sarat mengandung...Mukhriz!!!...Fati dah tak mampu menanggung siksa nih...Fati tersiksa melihat Kak Syikin merana diatas kebahagian Fati...." Fatihah terduduk, semput nafasnya bila bercakap tanpa henti. segala perasaannya yang dipendam diluahkan disitu juga, dia pun tidak pasti dan tidak sedar bila masa dia berdiri, keadaan sekeliling pun asyik memerhatikan mereka. Mukhriz memandang wajah Fatihah dengan penuh menyinga. Tiba-tiba Fatihah terasa tubuhnya mengecil..takut pula dia.
"Baik!!!...kalau itu Fati nak. selamat tinggal" Mukhriz tanpa berbicara terus keluar dari restoran itu tanpa menoleh ke arahnya. Fatihah tersandar di kerusi itu, kaku dan hanya melihat kelibat Mukhriz yang makin lama makin menghilang dari pandangan matanya. Airmata Fatihah mengalir tak henti-henti..dia tidak memperdulikan keadaan sekeliling. Ya Allah..sesungguhnya doaku engkau telah makbulkan ya Allah..

*     *     *

Harini aku pulang dari kerja macam biasa, kesian kan kalau becinta dengan laki orang ni...indah hanya di depan mata, tapi siksa bila tak ader depan mata...haih...apela nak jadik dengan aku ni...
Fatihah termenung ke arah jendela bas rapid KL sambil tangannya kejap memegang tali pemegang bas. Sekejap dirinya terhuyung ke kiri....sekejap-kejap dirinya terhayang ke kanan, Bas laju yang dipandu oleh pemandu rapid itu membawa diri Fatihah dibuai memori dengan kata kata ibunya dua minggu lepas.
" apa hang dah gila ka?...macam tak dak orang lain ka hang nak kawin...laki orang jugak hang minat...mak takmau menantu laki orang" muka mak aku waktu tu tak ubah macam nak makan aku..alahai mak...ayah aku pulak cuma mampu geleng kepala jer disebabkan perangai aku yang tak sudah sudah ni...dah la dulu buat hal..habis satu kampung aku malukan keluarga aku, sekarang pula aku nak memulakannya balik!!
"tapi mak...dia baik" aku buat muka seposen..harapan agar mak aku memahami aku.
"hang ni dah gila...kalau hang degil jugak nak kawin dengan laki orang tu..MAK TAK HALALKAN AYAQ SUSU BADAN MAK KAT HANG!!!!!...." pergh...yang tu aku takut, dan tiba tiba ayah aku bersuara.
"apa nak jadik..belajaq tinggi-tinggi tapi laki orang jugak hang nak...macam tak dak orang lain...abah kawinkan hang dengan bangla juai kapet baru hang taw....dapat gak cucu macam ritik rosan" adoi..ayah aku ni bukan main...tak kan nak kawinkan aku dengan bangla jual carpet kot...TIDAKKKK!!!!

Streeettttt!!!.....omak kau!!!!...alamak apela bas ni, kalau nak berenti pon tekan la brek tu pelan pelan, dan dengan tak disangka-sangka aku tepeluk pulak mamat bangla tepi aku ni...OH TIDAKKKK!!!...aku tak mau kawin ngan bangla!!!!!!!

Fatihah mencium badannya berkali-kali, rasanya hampir separuh botol sabun shukubutsu dilumur di badan sewaktu mandi tadi. Adoi..apesal la kuat sangat bau bangla nih...rase macam dah ilang dah kat badan, tapi hidung ni still lagi teringat bau bangla tadi..haish nasib nasib.
"Kak Fati!!...kenaper ni??" Qira sejak dari tadi memandang Fatihah yang pelik itu. Baginya kak Fatihah memang seorang yang sangat pelik yang pernah dia jumpa..tapi amat cool dan cute.
"tak der aper..eh..akak lapar la..jom makan cha kew tiau kat bawah..ajak Fira ngan Nurul skali" Fatihah menukar topik, malas lah dia nak buka cerita pasal kisah cinta dia dan Mukhriz, semak kepala otak memikirkannya. Fatihah tersenyum lega apabila Qira dengan pantas mengajak Fira dan Nurul untuk makan di bawah apartment Vista Angkasa itu.

*      *        *

Fatihah duduk termenung lagi mengadap imac yang sedang terpasang, secara rasminya dia dan Mukhriz sudah berpisah, tetapi sekarang ini, lain pulak cerita yang dia dengar oleh kak Leha.
" eh Fati!!..kak Leha dengar..ko becinta dengan abang Mukhriz ek?" aduh..kenapala kak Midah ni suka sangat ambil tahu hal orang ni.
"mana kak Leha tau?" soal aku pula
"akak tau la" jelas kelihatan muka bangga dan deretan gigi kak Leha yang tersengih dihadapanku.
"urgh....mana ade kak...Fati dah ade boifren la, tak main la laki orang ni" Jeling aku pada Mukhriz yang dari tadi sibuk menghadap PC.

"emmm...yelah..tanak ngaku sudah...akak g tanya abang Mukh tau"
"eh kak!!..." belum sempat aku halang kak Leha yang sengal tu, laju jer dia tanya berani mati perihal aku dekat Mukhriz. Mukhriz pulak senyum-senyum dekat aku. Memang senyuman nya manis..argh....itu dulu, sekarang tidak lagi.
"Sudah la korang..tak nak ngaku sudah, korang tak boleh tipu akak tau..akak makan garam dulu daripada korang" tiba tiba jer kak Leha ni meroyan tak tentu pasal dalam opis tu. Aku lihat wajah Mukhriz tersenyum kelat kepadaku. aduh....sengal la

Makanan tengahari tadi sedikit pun tidak mengenyangkan Fatihah, berat badan makin menurun, stress makin lama makin beranak pinak di kepala Fatihah. Dia cuba untuk membuka Yahoo Mesengger yang sudah lama tidak dibuka.. tiba tiba.

...buzzzzz!!!!..buzzzzzz!!!
astaghfirullah..sapela pulak yang fire aku ni, dah bergegar pulak screen.
Hati dan perasaan Fatihah tiba tiba bagai nak pitam
" alamak..mukh ni tak reti bahase ke..aduh..stress..stress?"
Dia membaca beberapa ayat yang dihantar...rasa nak termuntah.

....Mukh rindu Fati, Mukh sayang Fati, Mukh tak bahagia dengan Kak Syikin......
....Maafkan Fati, lupakan Fati........
....kenapa kena lupakan Fati, Fati tak sayang Mukh??...
Erk....tak reti bahasa la mamat ni..adoi..cemana aku nak balas ni. Fatihah menggaru-garu tudung dikepalanya yang tak gatal itu.
Fatihah lantas mengintai Mukhriz yang berada di hadapan mejanya. Dame!!!. menyesalnyer aku becinta dengan mamat sekor ni...alahai. Fatihah terasa stress dengan kedegilan yang ditunjukkan oleh Mukhriz. Baginya, kenapa Mukhriz susah sangat untuk melupakan dirinya itu. Terasa kepala nya pening dan dengan tidak sengaja dia memicit-micit kepalanya itu, masih lagi kurang lega. Panadol activefast please!!!!!
"Heh! Fati?"
"Omak kau!!! Fatihah terperanjat kerana tiba-tiba sahaja Kak Leha berada di sebelahnya. Kuang asam betul la makcik nih..adoh...
"ooooo...ko mesej lagi ye dengan abang Mukh"?
"xdelah..ala kak Leha ni sebok jela" Apesal la makcik sorang ni kelam kabut sangat nak tahu pasal aku dengan Mukhriz..tension siut. Fatihah menyandarkan badan dikerusi. Kelihatan Mukhriz menjeling goda ke arahnya. Bluwek....nak temuntah la.

*       *        *


stres...stresss.....urghh, pening nyer, Ya Allah, kenapala Kau temukan aku dengan jantan tak guna ni....ARGHHHHH!!!!!!!

......buzzzzzz....buzzzzzzz.....
Fatihah terperanjat kerana terkena tembakan dari Mukhriz. Dia menjeling sedikit ke arah Mukhriz lalu mengetap bibir menampakkan wajah masamnya. Mukhriz tak peduli, bagi dirinya, dia harus mendapatkan balik Fatihah yang digilainya.

......nak ape?????.....
.....rinduuuuuuu.......
.....plisss...jangan jadi mcm budak2 bley tak....
.....kenape fati sombong sgt dengan Mukh, Fati tak sedar ke yg Mukh banyak tlg Fati dulu...
.....itu dulu, waktu Fati bodooooooh!!!!!...FAHAM!!!
Memang aku ni agak menyombong dengannya tapi aku lakukan semunya kerana aku dah tak sanggup untuk menitiskan air mata lagi.

....Fati jangan sombong dengan Mukh, Fati ingat..Fati lawa sangat, nak menyombong dengan Mukh!!!
Aitt..mamat ni, dia pulak yang meroyan

....sudah la Mukh, kalau rase diri Fati ni tak sedar diri n tak lawa...lebih baik lupakan Fati jer...lagipun Fati dah xder ape ape perasaan dah...Fati nak tnya Mukh??
.....yer sayang   :).....
urgh.....bencinya aku bila dia panggil aku sayang, dame!!!

....Mukh tak rase diri Fati ni melalaikan Mukh ke?? ....
....apesal pulak....
....yela..Mukh ade istri yg perlu dijaga sebab sekarang dah sarat sangat dah..bila bila je boleh besalin..sudah la Mukh...lupakan Fati, kembali untuk KSyikin, dia lagi memerlukan disaat-saat ini...plisssssssss   :(....
Tiba-tiba


"Hello!!!..Hello..ya saya Mukhriz suami Asyikin.......hmmm..ape, dekat mane....tawakal, hospital tawakal. ok..sekarang saya pegi sana."

Aku ternganga mendengar perbualan Mukhriz...apee..kak syikin nak beranak...astagfirullah.

Sudah seminggu aku tak nampak batang hidung Mukhriz, seminggu jugaklah aku rase amaann je idup ni..terasa dunia ni macam dekat syurga. Kalau orang lain mesti dah menangis darah sebab kena break off dengan kekasih, tapi aku..Alhamdulilah..Tuhan menyayangi aku.
Fatihah cuba memejamkan matanya, Apartment Vista Angkasa di Kerinci itu sedikit aman kerana waktu petang itu tiada kenduri kahwin yang berlangsung di sebelah flat. Fatihah cuba melelapkan kelopak matanya namun gagal, dia kesunyian berada di rumah itu.
"haish..semuanya takder. Fira pegi dating, Qina dengan Farah pegi mesjid india..ape yg diorang buat kat situ..hurmmm, Nurul pulak....keluar deting jugak...aku...haish...sunyii..."
Fatihah lantas mendapatkan buku sketch dan pensil faber castel lalu menuju ke beranda rumah. Dia menghirup udara petang itu, kembang kempis hidungnya. Dia ingin mencari ketenangan, inilah masanya. Jemarinya dengan pantas melukis apa yang difikirkan diminda...namun tiba tiba.
KEPUMMM..kepum..kepum kepum..ketap ketap ketap..kepum kepum kepum ketap ketap ketap..dum dum dum TAP!!!!
" adoyai...time ni plak ade rehearsel persatuan kompang neh....sakit sakit, boleh darah tinggi ni..alahai,"






Parit di rumahku

Salam semua..ini kisah kampungku. bagi sesiapa yang tak tahu, ini bukan sungai tau, ini adalah parit, untuk saliran sawah(bendang) disebalah nyer. macam macam ikan yang pernah kami tangkap sebelom ni, diantaranya yang sempat aku tanya pada mak aku ialah, ikan sepat, sepat ronggeng, ikan sebelah(bulan), macam macam siput, macam macam amfibia lah...buaya pon ader..tapi dulu la...

my hubby and the pakcik tengah jala ikan pepagi bute

cantik tak...

my hubby x puas bejalan..dia bawak pulak my son

rumah atuk aku...

itu dia...titi...

rumah jiran atau sepupuku...rumah ni macam istana plak

heheh...babah tengah kayuh beskal, baru balik mengopi